Wednesday 1 June 2011

Ringkasan Cara-cara Pendaftaran Perniagaan

Salam semua, sebelum ni, saya ada masukkan entri berkenaan dengan makan gaji atau bekerja sendiri kan? Mesti ada yang berhasrat ingin membuka perniagaan sendiri tetapi kurang jelas mengenai proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka, sekarang saya ingin membincangkan tentang proses pendaftaran perniagaan. Pendaftaran perniagaan ni haruslah di buat selepas anda telah kenalpasti apa cabang atau bidang perniagaan yang ingin anda ceburi. Sama ada, makanan, pertania, jahitan, atau sebagainya. Terpulanglah kepada anda. Sebenarnya nak daftar perniagaan ni bukanlah susah sangat, cuma  agak leceh sikitlah. Biasalah tu, semua permohonan kena ada proses yang tersendiri kan... Ini pun untuk memudahan sebarang urusan di masa hadapan juga.

Flow atau aturan pendaftaran perniagaan adalah;

1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.
  • Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
  • Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
    a) Nama perniagaan
    b) Tarikh permulaan perniagaan
    c) Alamat utama perniagaan
    d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.

4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

5. Dokumen yang perlu dilampirkan:
    a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi;
    b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska  (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan);
     c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.

Syarat

1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
3. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
4. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan
    persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Yuran Pendaftaran

1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.

Di bawah ini saya lampirkan borang yang perlu diisi sebelum mendaftarkan perniagaan:

  1. Borang A 
  2. Borang PNA42
Sekian dahulu... Jadi sesiapa yang berminat tu, bolehla mulakan dengan memikirkan cabang perniagaan yang mana anda inginkan... Fikir2kan dan renung2kanlah ye..

1 comment:

  1. akan aku usahakan....on the way beb!!..aku pon nk bukak company sendiri....hopefully....xlama lagi..hehhe

    ReplyDelete