Sunday 29 May 2011

Kerja Sendiri VS Makan Gaji

Persoalan di atas sering bermain bukan sahaja di fikiran saya, tetapi juga semestinya ramai lagi orang di luar sana. Bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi. Bagi yang bujang, tanggungan kurang sedikitlah, tetapi bagi yang berkeluarga, memang akan menjadi masalah jikalau pendapatan yang diterima hanya cukup-cukup makan untuk seisi keluarga sahaja. Tolak sewa rumah, duit kereta, loan PTPTN (bagi yang dapat loan la..), tinggal berapa ringgit je untuk perbelanjaan sepanjang bulan tersebut. Bulan depan, dapat gaji, akan jadi masalah yang sama. Putaran yang sama akan berulang dan berulang lagi.




Bagaimana memperoleh pendapatan, pertama dengan bekerja di bawah majikan (dalam kata lain, makan gaji) danyang kedua adalah dengan bekerja sendiri. Keluar rumah jam 8 untuk masuk kerja jam 9, (kalau takde traffic jam), rehat pukul 1, masuk semula pukul 2, kemudian balik rumah jam 5.30 atau 6 petang. Itulah rutin seharian kalau bekerja dengan majikan. Hari cuti pula setiap Sabtu dan Ahad, dan kalau di Kedah dan Kelantan, hari cuti adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sebagai pekerja, perlu ikut setiap yang di arahkan oleh bos. Bos berkuasa memecat pekerja, tolak gaji atau pun buat apa yang dia suka kalau pekerjanya ingkar arahannya. Walau bagaimanapun, bekerja di bawah bos mempunyai kelebihan seperti:

1. Mempunyai pendapatan tetap – lebih-lebih lagi kepada yang bekerja dengan kerajaan. Tak perlu risau, bila waktu gaji ‘gerenti’ akan dapat. Kadang-kadang siap ada bonus lagi.
2. Mempunyai simpanan wang pekerja – ada caruman KWSP yang boleh digunakan sebagai simpanan di hari tua.
3. Kalau berlaku kemalangan di tempat kerja, akan ada insuran yang boleh ‘cover’ bergantung kepada kecederaan yang diterima akibat kemalangan tersebut.
4. Ada slip gaji, boleh digunakan untuk membuat pinjaman untuk pembelian rumah, kereta ataupun pinjaman peribadi.. (Pinjam dengan along pun kena ada slip gaji tau…)

Berlainan pula kalau bekerja sendiri, individu yang memang berniat nak memulakan perniagaan sendiri atau menjadi seorang usahawan. Semuanya kena bermula daripada bawah. Ini merujuk kepada pengalaman yang dimiliki juga. Sebagai contoh, kalau seseorang ingin menceburi dalam bidang perniagaan makanan, dia mestilah mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai penyediaan makanan seperti memasak. Seterusnya pengetahuan asas tersebut perlu digabungkan dengan ilmu asas perniagaan. Barulah makanan yang dimasak atau servis penyediaan makanan itu dapat dikomersilkan kepada umum. Setelah perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan itu mulai maju, barulah pemilik ataupun usahawan tersebut boleh mendapatkan pembantu untuk memenuhi permintaan pasaran.



Dengan itu, barulah perniagaan itu dapat dibesarkan. Kalau dilihat daripada contoh di atas, jelas pemilik perniagaan itu bermula dari bawah iaitu menjadi pekerja kepada diri sendiri sebelum berkemampuan untuk menggaji pekerja lalu secara tidak langsung kedudukan pemilik perniagaan tersebut menjadi sedikit ke atas berbanding ketika dia memulakan perniagaan. Namun begitu, bukan itu sahaja yang perlu difikirkan oleh mereka yang bekerja sendiri khususnya yang mempunyai pekerja ataupun pembantu. Antara yang perlu dititikberatkan adalah :

1. Untung rugi
2. Gaji pekerja setiap hujung bulan
3. Peluang untuk mendapatkan tender atau projek baru
4. Cara untuk mengekalkan pelanggan sedia ada
5. Cara untuk mengekalkan kualiti produk atau perkhidmatan
6. Cara pemasaran berkesan


Adapun perkara-perkara di atas adalah sebahagian kecil daripada pelbagai perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang pemilik perniagaan. Walaupun ada sesetengah perkara tersebut seringkali dipandang enteng oleh pihak lain, namun ianya penting untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu terus maju dan menjana keuntungan. Tidaklah nanti segala perit jerih pemilik untuk memulakan perniagaannya menjadi sia-sia dan setakat hangat-hangat tahi ayam.

Bagaimanapun, disebalik perkara yang boleh dikatakan serius untuk diberi perhatian, terdapat juga kelebihan kepada mereka yang memilih untuk bekerja sendiri atau lebih jelas mereka yang menjadi bos atau majikan kepada diri sendiri. Antaranya :

1. Gaji ikut suka hati makcik kepada atuk sebelah umah toknjang aku le…
2. Nak pergi kerja pukul berapa pun boleh (tak pergi kerja pun takpe.. berani kerani aku nak marah??)
3. Strategi pemasaran terletak di tangan sendiri
4. Diri sendiri letak peratus keuntungan yang diinginkan

Banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati bila dah jadi bos. Tapi, harus diingat secara tidak langsung jugak jatuh bangun perniagaan akan terletak di bahu kita. Kalau perniagaan lingkup, yang muflis bukannya pekerja, tetapi BOS. Jadi, harus ada kemampuan bukan sahaja untuk memulakan perniagaan tetapi yang lebih penting adalah untuk mengekalkan perniagaan yang dijalankan.



Seterusnya, terletak di tangan masing-masing untuk memilih sama ada untuk bekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri… tenkiu2….

2 comments:

  1. waaaaaa... ini nak bukak bisnes nih.. amacam?

    ReplyDelete
  2. so far so good... jom kt bukak bisnes skali nak?? insyaALLAH nxt week nk register perniagaan..

    ReplyDelete