Tuesday 9 April 2013

::: Diet Diet!!!!! :::

Salam Hari Selasa...

" Aku dah semakin gemuk. ARGHHHHHHHHH!!!!!!"

Tu la yang dalam fikiran ni sehari2.
Berat makin naik, tapi takde lagi effort nak berdiet & exercise..
Adoiii, hasrat di hati tu memang ada, tapinak mulakan sesuatu tu memang susah.
Azam tahun2 lepas mesti ada sekali tersenarai nak kuruskan badan, tapi sampai hujung hujung tahun, xde sebarang perubahan pun..
Tension2..

Badan dah terasa makin berat.
Baju dah ada yang semakin sendat
Muka pun makin bulat
Nak taknak, kena jugak berdiet & exercise..
(Kuatkan hati, kuatkan semangat)

So dalam beberapa hari ni jenuh jugak cari tips2 diet.
Sebab nak berdiet ni bukan saja dengan kurangkan makan, tapi kena tukar juga pola pemakanan & yang penting skali kena maintain ada exercise.
Macam aku ni bahagian peha ni kena diberi perhatian lebih, so kena tengoklah exercise2 tertentu untuk kecilkan peha yang comel ni. Hihihihi


Setakat ni untuk exercise, aku banyak tengok page Kevin Zahri.
Untuk resepi, merata2 aku tengok, tapi mostly aku tengok resepi untuk sandwich untuk ganti nasi & juga resepi yang takde melibatkan aktiviti goreng menggoreng ni.


Harap2 kali ni berjayala hendaklah..
Target dirahsiakan, tapi setiap perkembangan akan dicatat & dilaporkan..


Sekian berita diet untuk kali ni..

TATA...
Read more ...

Friday 5 April 2013

::: Mating for Babies :::

Salam Hari Minggu..
Hari ni kerja pukul 4 petang, so dapatla mengadap monitor ni lama2 hari ni..
Hehehehee

Hari ni nak cerita tentang Mating untuk Si Abu tu..
Diingatkan semula, Abu tu betina ye.. Abaikan nama tu. Hihihi


"Cat mating behavior starts with a female flirting with male cats (called toms). She will attract toms by vocalizing more (meowing) and flirting with body movements. When ready she will assume a mounting position allowing the tom to enter her. Queens or females can be selective regarding who they want to mate with or when they want to mate. Cats can be aggressive with each other and humans during this ritual."
 
 
 
Abu tu sejak aku ngan AT dok kat Puchong lagi, sebulan sekali mesti dia akan bising. Mula2 aku marah jugaklah sebab dia asyik mengiawww je. Suara besar pulak tu, siap boleh golek2 lagi kat atas lantai, buat macam manja2.. Sebab masa aku kecil2 dulu ada jugaklah bela kucing betina tapi takdelah bising2 macam Abu ni. Bila tanya kat orang kat Pet Shop & baca artikel2 online, barulah tau rupanya dia buat bising tu sebab nak mengawan.. (Miang la tuh. Hihihi)..

Tapi masa kat Puchong dulu, rumah kitorang kan Ground Floor so adalah seekor kucing jantan suka datang kat tingkap tengok Abu. Kitorang panggil dia kucing gemuk sebab dia gemuk sangat. Hihihi..
(Mungkin tu cinta pertama Abu kot.. kuikuikui)

So, kali ni AT pun search la online untuk kucing jantan untuk mating dengan Abu. Jenuh jugaklah cari. Ada tu yang ada cas RM150 dekat Hulu Langat, RM40 dekat Shah Alam. Tapi alih2 pilih yang free & kitorang ambil kucing tu kat Seksyen U5. Puteh namanya, jenis mainecoon. Sebelum ambil tu aku dah gitau dulu kat Abu. (Kucing kan boleh faham kita cakap apa kat dia.. ).



Siap wat pic ni lagi...
Kuikuikui
Jadi, pada petang Khamis 28 Mac, aku ngan AT pun pergilah ambil si Puteh dari rumah tuan dia. Berpusing jugaklah cari sebab tak pernah sampai Subang U5 tu. At last jumpa jugak dekat sebelah Kompleks Kehakiman Daerah Petaling. Bila masuk dalam rumah tu nampaklah si Puteh ni.. Mak aih besarnya dia.. & dalam rumah tu ada lagi dekat 10 ekor kitten.. Sangatttt comelll okayyy...

Bila Puteh masuk dalam carrier tu, muat2 je badan dia.. Hihihi. Tapi dia senyap jer.. Baekk budaknya Puteh ni.

Sampai rumah letak Puteh dalam cage dulu. Abu as usual, nampak kucing lain, jantan & besar pulak tu jadi bisinglah dia.. Tinggal dulu sebab malam tu aku ngan AT ada janji dengan kengkawan..

Beberapa hari tengok hubungan Abu dengan Puteh takde tunjuk tanda positif pun. Abu pada awalnya pandang muka Puteh pun tak boleh, terus menderam marah. Tido pun tak bergerak langsung, tak berkelip mata. Puteh tetap cool je.. Gentleman betul. hahahahaha. Tapi Puteh memang dah nampak dia pun on heat jugak. Bila dah 4, 5 hari tu Puteh ikut je kemana Abu pergi. Abu pun  dah tak bising lagi. Yang kitorang ni dok mengharapkan diorang cepatla bersenggama.. (Dalam fikirang dah fikir nak baby kacukan tabby dengan mainecoon.. Pergghhhh comell)

Si teruna mengendap si dara..


Ada masa kitorang akan kurung Abu dengan Puteh dalam bilik. Taktaulah diorang buat apa dalam  bilik tu.. Hihihi

Tapi............
Semalam, 05 Mac, kitorang bangun pagi tengok Puteh takde. Confirm dah pusing keliling rumah tapi dia memang takde. OMG.. Cuak dah, tengok bawah (rumah tingkat 3 hokayyy), tapi kelibat takde jugak. Sebab kucing kalau jatuh dari tingkat 3 selalunya tak mati kan.. Kitorang dah fikir camne nak bagitau tuan dia ni... Adoyaiii. kalau dia hidup mesti dia dah jalan2 atau ada orang ambil dia sebab dia tu super jinak.

AT turun bawah dulu, then nampak la Puteh terbaring kat tepi rumah orang. But, BLEEDING dekat dengan anus dia. (Alhamdulillah dia masih hidup tapi memikirkan bleeding tu, jadi risau balik).Tak taulah apa yang berdarah tu. Darah tu fresh lagi.. AT terus pegi kerja, aku dukung Puteh naik atas rumah. Darah menitik jugak waktu aku dukung dia tu. Aku letak dia dalam bilik. Letak makanan depan dia pun dia taknak makan.. Sedey je tengok dia.. Abu aku tak benarkan masuk dalam bilik tu, bagi Puteh berehat & bertenang..

AT ambil EL. Nasib baik juga ofismate dia semua suka kucing. Tuan dia dah diinform keadaan Puteh, so kitorang akan bawa Puteh pegi Vet & anything kena inform dia dulu. Mula2 bawa Puteh pegi Vet dekat TTDI Jaya; Klinik Haiwan Lynn. Tapi malangnya..

Neelofa: Cik, kucing sy jatuh drpd tingkat 3. Ada bleeding.
Cik: Maaf ye, doc checkup smpai pkul 12 je.
Neelofa: (Tgok jam kul 1215) Cek kejap pn xbole eh?
Cik: Maaf, vet xda.
Neelofa: WTH?? Td ada td xda.


** Neelofa dalam dialog adalah AT..

Mendidih je darah waktu tu. Then kitorang gerak cari Vet lain kat Seksyen 13; Klinik Veterinar Shah Alam.. Alhamdulillah waktu tu klinik tu buka lagi & ada Vet lagi. Vet yang tengok Puteh is Dr. Jay.
Dia kata Puteh trauma lagi sebab jatuh tu, mungkin ada sengal2 lagi kat badan dia. & darah tu dari 1 luka dekat dengan testis dia. Tapi luka tu nampak macam dah lama & luka tu dari bawah kulit. Dia bagitau lagi kena buat surgery untuk luka tu & sebab dekat dengan testis dia, dinasihatkan untuk mandulkan sekali Puteh. Hmmmmm... Kos anggaran dalam RM600 tak termasuk kalau nak X-ray tambah lagi RM160. Anything kitorang kena inform tuan Puteh dulu. Lepas Solat Jumaat, kitorang try lagi contact orang tu tapi tak dapat. So Puteh di bawa balik dulu...

Petang aku gi kerja, jadi tinggal AT sorang jaga Puteh. Tuan dia kata nak datang ambil Puteh waktu malamnya. Tapi dia inform jangan bagitau wife dia yang Puteh terjun sebab wife dia tengah preggy, & taknak wife dia risau. Malam tadi dalam pukul 11 malam baru diorang sampai & Puteh pun di bawa pergi. Tuan dia tak marah tapi risaula, & nanti Puteh nak di bawa ke Vet kawan dia kat Kelana Jaya.

Abu pulak, waktu AT on the phone dengan orang tu & orang tu cakap nak datang ambil Puteh, dia boleh duduk je depan pintu. Lepas tu berdiri kat tingkap tengok luar. Tau dia sedih Puteh nak pergi.. Dia baru je berkenalan dengan Puteh tu.. Tu Abu tengah duduk kat tempat tido yang kitorang sediakan untuk Puteh.. Hmmmmmmm

Yang menjadi tanda tanya sekarang kenapa Puteh terjun....
Makanan cukup je, atau sebab Abu jual mahal sangat.. Entahlah..

So, lepas ni nak kasi Abu. Kesian dia asyik nak miang je setiap bulan...

Puteh yang gebussss

Puteh yang suka dok cara katak style..


Puteh dalam kenangan...
TATA....

 
 
Read more ...