Thursday 2 June 2011

E- Coli; Cegah Sebelum Terlambat

-->
Baru-baru ni kita dikhabarkan bahawa virus E. coli merebak semula. Ia dikatakan bermula semula di Jerman pada Mei 2011. Ini berlaku apabila beberapa orang dilaporkan dijangkiti bakteria yang menjadi punca E. coli ini. Pihak Jerman mengatakan semuanya berpunca daripada timun yang diimport dari Sepanyol yang dikatakan tercemar. Tapi kemudian, dibuktikan timun tersebut bukan menjadi puncanya. Kini mereka masih mencari punca sebenar virus ini. Walau bagaimanapun, Negara-negara Eropah yang lain juga telah melaporkan kes-kes E. coli turut berlaku di Switzerland, Poland, Netherlands, Sweden, Denmark, UK dan US.  
Ni virus E. coli dilihat di bawah mikroskop. 
         
Okey, saya ingin memberi sedikit info kepada anda mengenai E. coli  ni ye. 

E. coli  adalah ringkasan kepada  Escherichia coli, iaitu ia merupakan bakteria  yang boleh menyebabkan kekejangan otot dan keracunan. E. coli adalah penyebab utama kepada keracunan darah. Golongan yang mudah dihinggapi adalah kanak-kanak dan orang tua terutama yang mempunyai penyakit (ketahanan badan yang lemah).

Berikut adalah simptom-simptom  E. coli :

1. Muntah-muntah
2. Loya
3. Cirit-birit (berdarah)
4. Mengalami kekejangan otot terutama di bahagian perut

-->
Ini pula cara-cara pencegahan yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan kita dijangkiti virus ini.

1. Makanan yang berpotensi menyebarkan bakteria E. coli)

·         Elakkan makan daging merah (lembu, kambing dan sebangainya) yang tidak di masak dengan sempurna.  Pastikan daging tersebut sudah berwarna kecoklatan sekiranya anda memanggang daging tersebut. Jadi sesiapa yang suka makan steak tu, pastikan jangan makan yang raw atau ­half-cooked ye.


·         Minum susu atau jus yang telah dinyahbakteria atau dipanaskan. Seboleh-bolehnya jangan minum susu segar  ye. Kalau nak minum, panaskan dulu. Begitu juga dengan jus. Kebanyakkan susu dan jus yang telah dibotolkan di pasaran telah dinyahbakteria terlebih dahulu..

·         Basuh bahan mentah dengan sempurna. Pastikan segala sayur-sayuran, ikan, daging, atau buah-buahan telah dibasuh dengan teliti. Terutamanya kepada sayuran hijau di mana, banyak tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat pembiakan bakteria.


·         Basuh semua peralatan. Kalau boleh, basuh semua peralatan, terutamanya peralatan memasak dengan air panas sebelum dan selepas menggunakan alatan tersebut.

·         Asingkan penyimpanan bahan mentah dan bahan yang telah dimasak. Ini boleh dilakukan di dalam peti ais. Jangan campur bahan-bahan ini dalam satu tempat tau..

·         Yang paling utama dan selalu diwarwarkan adalah, basuh tangan dengan kerap. Sebelum dan selepas memasak, selepas keluar daripada toilet, selepas bersentuhan dengan haiwan dan sebelum selepas makan..

 

Di bawah ini petikan dari The Star (2 June 2011)

Petaling Jaya (The Star/ANN) - Malaysian visitors to Europe from May 1 who are down with bloody diarrhoea have been advised to undergo medical examination at nearby health centres.
Health director-general Dr Hasan Abdul Rahman said he received a report from the World Health Organisation on a recent bacterial outbreak in Germany.

It was reported that the recent E. coli outbreak stemming from cucumbers in Europe has so far resulted in the deaths of 15 Germans and one Swede while hundreds of others have fallen seriously ill.

The cucumbers carried the Enterohaemorrhagic Escherichia coli (EHEC) pathogen, a particularly virulent strain of E. coli.

"Haemolytic Uraemic Syndrome (HUS) resulted from contamination of the EHEC bacteria.
"It ruptures red blood cells, thus causing haemolytic anaemia, acute renal failure and low platelet count (thrombocytopenia)," he said in a statement.

Dr Hasan said the symptoms were abdominal cramps, vomiting and bloody diarrhoea (dysentery).
"The symptoms can cause dehydration, tiredness, lethargy, anaemia, uraemia and bleeding tendencies.
"They can be seen in three to eight days and victims usually recover after 10 days without any complication," he said.

The mortality rate resulting from the bacterial infection stood at between 5% and 10%.
Outbreak of the bacterial infection was first reported on April 25. In a related development, the Federation of Malaysian Vegetable Growers Associations has assured the public that cucumbers sold locally are not imported from Europe. Its secretary-general Chay Ee Mong said the small portion of imported cucumbers sold locally was sourced from China, Thailand or Indonesia.
"But most of the cucumbers sold in supermarkets are grown locally.
"We have ample supplies from Johor," he added.

Chay said Malaysia did not import cucumbers from Europe because the costs of transportation were too high. Federation of Vegetable Sellers Associations Malaysia president Soo Cheng Kee said there was no need to import cucumbers from Europe when there was ample local supply.

Oleh itu, sesiapa yang baru balik dari Eropah tu,ataupun yang mengalami simptom-simptom yang saya jelaskan tadi,  cepat-cepatlah buat pemeriksaan kesihatan ye. Ini untuk kesejahteraan bersama juga.  Timun dikatakan menjadi penyumbang kepada E. coli  ni. Kita merupakan pengimport timun. Walaupun timun belum lagi dipastikan 100% menajdi penyebab E. coli ini, harap-harap jangan ada isu pulak yang mengatakan timun yang kita import dari China, Thailand atau Indonesia tu ada virus E. coli ni. Kalau tak, lepas ni kita tanam timun besar-besaran kat laman rumah ye. Bila nak makan, petik je sendiri..  

Terima kasih kerana membaca….

No comments:

Post a Comment