Thursday 23 June 2011

Kepak Ayam Madu Bakar

Setelah sekian lama, saya tak update blog ni... Sebab agak sibuk mencari idea untuk buka gerai waktu petang kat depan rumah. Macam-macam dalam kepala otak saya dan juga IS. Ada plan nak buat cendawan goreng, lok ching bakar, last last plan nak jual Kepak Ayam Madu Bakar. Jadi dalam masa 2 hari ni, kami buat eksperimenla untuk pastikan yang kepak ayam kami ni boleh masuk market. Chewahhhh..

Berpinar  jugalah mata tengok pc ni sebab nak cari resipi untuk ayam bakar madu ni. Setelah jumpa, kami modified sikit ikut tekak sendiri. Bermodalkan RM10 dapatla kepak ayam sebanyak 13 ketul untuk eksperimen kali ini. Bolehlah buat 2 kali.

Nak cerita sikit, kepak ayam ni kami dah tempah dari peniaga ayam segar dari pagi Selasa lagi, untuk ambil pagi Rabu. Kat sini payah sikit nak dapat bekalan kepak ayam ni.. Cari sampai Kodiang pun takde. Pagi Rabu, operasi start, perap ayam dengan bahan perapan sendiri tu. Perap pukul 9.30 pagi, nak bakar pukul 7.30 malam.

Nak hidupkan api 1 hal la pulak, sebab kena bakar arang guna sabut kelapa, berasap 1 rumah. Memang berpeluh-peluh kipaskan ayam tu. Badan memang dah bau asap la. Malam tu juga kami bakar jagung dan hotdog sekali. Bila dah rasa tu, not bad la.. Ok jugaklah, tapi memang kena buat eksperimen kedua.

Ni lah dia, ayam bakar madu dengan hotdog

Ni turn bakar jagung pulak..

Sedap tak?

Tok Om pun tolong bakar ayam jugak. Hehehehe


Tengok Tok Om, berselera sungguh dia makan
Hari kedua, pukul 8 pagi kami dah perap. Hari ni nak bakar ayam tu awal sikit. Bahan-bahan perapan pun kami ubah lagi sikit. Bila dah pukul 6 petang, kami mula hidupkan api. Berkepul-kepul lagi asap memenuhi segenap ruang rumah Tok Om. Kali ni kami bakar guna penyepit yang orang selalu guna untuk bakar ikan tu. Tujuannya supaya kepak ayam tu semua masak sekata. Masak lebih kurang setengah jam, tengok warna kepak ayam tu lagi menarik berbanding semalam. Rasa tak tahu lagilah.
Sesi membakar kepak ayam

Renjis-renjis sikit guna serai

IS khusyuk dengan kepak ayamnya..
Kami bagi 2 ketul kepak ayam kat Kak Ayu yang niaga nasi goreng kat sebelah rumah ni. Bila dah lewat petang sikit, adik Kak Ayu bagitau, dia dah rasa kepak ayam tu. Yang bestnye, dia kata kepak ayam kami sedap. Rasa dah cukup. Alhamdulillah. Tu komen positif pertama dari prospek tu. Ini yang menjadikan azam kami membuak-buak ni. InsyaAllah 2-3 hari lagi kami akan buka gerai kami. Mai-maila singgah..

No comments:

Post a Comment