Thursday 23 June 2011

Kek Butter

Hari tu saya dah buat kek coklat moist, hari ni rasa nak buat kek butter pulak sebab tengok dalam fridge tu ada lagi butter. Cari resipi dalam internet, pastu try la.. Hasilnya, sedap jugak. (Tu komen dari orang lain yang dah rasa la). Resipi akan saya tunjukkan di bawah, sebab simple je, jadi sesiapa pun boleh buat.

Bahan-bahan

250g tepung naik sendiri
40g susu tepung
200g butter
160g gula pasir
5 biji telur
1 camca esen vanilla

Cara membuatnya.

1. Campurkan tepung, susu tepung dan butter. Gaul hingga sebati.
2. Campurkan gula, telur dan esen vanilla dan gaul hingga sebati. Tak perlu kacau sehingga kembang.
3. Campurkan kesemua adunan sekali dan gaul hingga sebati.
4. Sediakan loyang yang telah disapu dengan marjerin. Bakar dalam oven selama 35 minit dengan 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dan terpulang kalau nak letak topping. Saya tak letak topping pun.


Nilah hasilnya. nampak macam biasa je kan. Tapi lembut... macam span..
SELAMAT MENCUBA!!!
Read more ...

Kepak Ayam Madu Bakar

Setelah sekian lama, saya tak update blog ni... Sebab agak sibuk mencari idea untuk buka gerai waktu petang kat depan rumah. Macam-macam dalam kepala otak saya dan juga IS. Ada plan nak buat cendawan goreng, lok ching bakar, last last plan nak jual Kepak Ayam Madu Bakar. Jadi dalam masa 2 hari ni, kami buat eksperimenla untuk pastikan yang kepak ayam kami ni boleh masuk market. Chewahhhh..

Berpinar  jugalah mata tengok pc ni sebab nak cari resipi untuk ayam bakar madu ni. Setelah jumpa, kami modified sikit ikut tekak sendiri. Bermodalkan RM10 dapatla kepak ayam sebanyak 13 ketul untuk eksperimen kali ini. Bolehlah buat 2 kali.

Nak cerita sikit, kepak ayam ni kami dah tempah dari peniaga ayam segar dari pagi Selasa lagi, untuk ambil pagi Rabu. Kat sini payah sikit nak dapat bekalan kepak ayam ni.. Cari sampai Kodiang pun takde. Pagi Rabu, operasi start, perap ayam dengan bahan perapan sendiri tu. Perap pukul 9.30 pagi, nak bakar pukul 7.30 malam.

Nak hidupkan api 1 hal la pulak, sebab kena bakar arang guna sabut kelapa, berasap 1 rumah. Memang berpeluh-peluh kipaskan ayam tu. Badan memang dah bau asap la. Malam tu juga kami bakar jagung dan hotdog sekali. Bila dah rasa tu, not bad la.. Ok jugaklah, tapi memang kena buat eksperimen kedua.

Ni lah dia, ayam bakar madu dengan hotdog

Ni turn bakar jagung pulak..

Sedap tak?

Tok Om pun tolong bakar ayam jugak. Hehehehe


Tengok Tok Om, berselera sungguh dia makan
Hari kedua, pukul 8 pagi kami dah perap. Hari ni nak bakar ayam tu awal sikit. Bahan-bahan perapan pun kami ubah lagi sikit. Bila dah pukul 6 petang, kami mula hidupkan api. Berkepul-kepul lagi asap memenuhi segenap ruang rumah Tok Om. Kali ni kami bakar guna penyepit yang orang selalu guna untuk bakar ikan tu. Tujuannya supaya kepak ayam tu semua masak sekata. Masak lebih kurang setengah jam, tengok warna kepak ayam tu lagi menarik berbanding semalam. Rasa tak tahu lagilah.
Sesi membakar kepak ayam

Renjis-renjis sikit guna serai

IS khusyuk dengan kepak ayamnya..
Kami bagi 2 ketul kepak ayam kat Kak Ayu yang niaga nasi goreng kat sebelah rumah ni. Bila dah lewat petang sikit, adik Kak Ayu bagitau, dia dah rasa kepak ayam tu. Yang bestnye, dia kata kepak ayam kami sedap. Rasa dah cukup. Alhamdulillah. Tu komen positif pertama dari prospek tu. Ini yang menjadikan azam kami membuak-buak ni. InsyaAllah 2-3 hari lagi kami akan buka gerai kami. Mai-maila singgah..
Read more ...

Tuesday 21 June 2011

Spagheti Mushroom Carbonara

Malam tadi juga, sebelum mulakan masak kek coklat moist bersama IS, kami buat dinner iaitu spagheti mushroom carbonara. Sebenarnya ni 1st saya makan yang rasa carbonara ni. Jadi, IS la yang masak. Tapi sebab beli yang instant dan memang senang pun nak sediakan, jadi takde masalah la.

Nak buat tu senang je, cuma kena ada spagheti dan carbonara (Prego) dalam tin tu. Tapi kebetulan semalam ada beli frankfurter, jadi, kami masukkan sekali la. Yang lama nak tunggu masak tu adalah spagheti tu, carbonara tu pulak cuma perlu dipanaskan lebih kurang 5 minit je. Tambah air sikit supaya tak pekat sangat.

Hasilnya, amat menyelerakan.. Sampai Tok Om pun minta tambah. Hehehehehe...


Inilah hasilnya.... Nyum nyum..

Tryla... Memang umph
Read more ...

1st Attempt : Kek Coklat Lembap

Hai..

Dah berapa hari memang teringin nak makan kek coklat moist ni. Mengidam kot. Hehehehe. Alhamdulillah semalam dapat gak buat. Nak jadikan cerita, nak cari bahan-bahan tu pun punyelah jauh. Kena pegi sampai Arau pulak, cari kat CMart. Hmmmm...Tapi takpelah, dapat jugak cari bahan-bahan nak buat kek tu.

Lepas makan malam, baru start buat kek tu dengan bantuan IS. Tapi, oleh kerana mixer takde, kena guna tenaga tangan sendirilah. Walau bagaimanapun, IS dah volunteer nak kacau adunan tu.. Start buat pukul 9.30, kek masak pukul 11.15.

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (tapi semalam guna coklat masakan jadi kena cairkan dan ambil 1 cawan)
1 cawan susu segar
1 sudu esen vanilla
1 sudu teh nescafe
1 sudu baking powder
2 biji telur
100g butter

Bahan-bahan untukTopping

Coklat masakan
1 sudu butter
Susu segar

Cara Membuatnya

1. Pecahkan telur dan kacau sehingga kembang. Kemudian masukkan butter. Kacau sehingga sebati
2. Campurkan tepung gandum, gula pasir, baking powder, serbuk koko dan nescafe.
3. Kemudian masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan telur. Masukkan esen vanilla dan susu segar sedikit demi sedikit.
4. Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu marjerin.
5. Masukkan adunan tadi kedalam loyang dan kukus. Kukus lebih kurang selama 1 jam dan pastikan air dalam pengukus tu tak kering.

Sementara menunggu kek tu masak, bolehla buat topping.

Cara membuatnya Topping:


Campur semua bahan-bahan topping di dalam periuk dan panaskan. Kemudian biarkan sejuk sehingga menjadi pekat likat.

Bila kek dah masak, keluarkan kek dan sapulah dengan topping dan letakkan apa-apa (mengikut citarasa sendiri) di atas kek yang telah masak tadi.

Siap dah!!!

Tapi ni percubaan pertama yang akan diperbaiki...




Finishing: tabur chocolate rice... selepas letak topping

Taraaaaaaaaaaaa.... Siap dah... Nyum nyum..
Read more ...

Monday 20 June 2011

Langkah Pertama...

Hai...
Bertatih-tatih untuk mencapai puncak impian.. Memang bukan semudah yang disangka. Banyak halangan terpaksa ditempuhi. Entri kali ni, saya nak tunjun projek pertama yang telah kami jalankan semenjak menubuhkan IS One Home Enterprise ni. Tapi yang ini bukan yang official la. Sebab ini mula sebelum IS One Home Enterprise didaftarkan. Tapi sebagai permulaan, kami ambil kira ni sebagai langkah pertama kami sebelum melangkah ke arah projek yang lebih besar lagi (impian yang harap-harap boleh jadi kenyataan).

Okeylah... serba sedikit tentang projek ini ye.. Bertempat di Taman Nilam di Alor Setar, tuan rumah iaitu En, Ridwan dan Puan Nawal nak buat pergola yang bersambung dengan bahagian sisi rumah mereka. Bajet dalam RM3000. Tenaga kerja kami pula adalah orang-orang yang ada kerja tetap  jadi terdpat kekangan masa disini. Tambah pula dengan cuaca hujan yang tidak mengizinkan mereka untuk melakukan kerja-kerja pertukangan. Secara kasarnya masa yang diambil untuk menyiapkan pergola ini adalah selama 4 hari. Tetapi kalau ikut sebenar-benarnya cuma dalam 2 hari dah boleh siap. Tapi bila dah siap, hasilnya memang seperti yang dijangkakan.Tahniah Intan Shuhada Azmi dan ayahnya serta 2 orang lagi yang telah bertungkus-lumus menyiapkan pergola ini..

Gambar-gambar di bawah ini adalah sebahagian rentetan pembinaan pergola tersebut..

Hari Kedua


Hari Kedua



Hari Ketiga









Nanti saya upload gambar pergola ni yang dah 100% siap ye..
Read more ...

Wednesday 15 June 2011

Baby...

Hi...
Semalam pergi rumah kakak, and dapatlah jumpa anak-anak saudara... Faiz, Sarah dan Ira. Yang paling geram mestilah dengan yang kecik sekali tu. Macam-macam keletah dia... Umur dia baru 9 bulan. Best tengok baby ni. Lagi2 time dia tido. Hilang sikit bebanan bila tengok ketulusan dan kesucian muka budak kecik tu.. Ni sebahagian pic dan vid dia... Layan..












Read more ...

Outing - Lye Huat Garden

Hari ni setelah sekian lama tak jalan-jalan, saya dengan member baik saya IS pergilah ke Lye Huat Garden. Tak jauh pun dari Jitra. Lebih kurang 15 minit je kalau drive. Dulu kalau tak silap nak masuk kena bayar RM10 untuk dewasa, tapi tadi kena RM7 je seorang. Kalau bawa kanak-kanak (bawah 13 tahun), tiket berharga RM5.

Ni entrance ke dalam Lye Huat Garden

 Oleh sebab ni bukan musim cuti, ada 4-5 orang visitor je.. Tapi kira oklah... so, taklah crowded sangat dalam tu. Tapi oleh kerana cuaca panas, kitorang dah siap-siap dengan sebotol air mineral 500ml dengan revive 500ml... Untuk menghilangkan dahaga la kononya.. Hehehe. Kat pintu entrance tu dah siap ada yang jual makanan ikan dengan harga RM1 sepeket. Beli.. sebab dah plan nak bagi ikan-ikan tu makan. Sure depa tu kelaparan..

Ikan-ikan koi ni mula mengerumuni kitorang

IS Si Tukang Pemberi Makanan Ikan.

Tengok dalam pic atas tu, ikan-ikan tu besar... 'Seriau' gaklah., nampak macam jinak tapi tak berani nak pegang. Bestnya kalau dapat bela ikan-ikan ni kat rumah kan. Ntah ade berapa ribu ekor la dalam kolam ni agaknya. Dah habis makanan ikan tu, kitorang tengok akuarium pulak. Akuarium kat sini dalam bangunan. Ada banyak jenis ikan. Malangnya, diorang tak letak label pada setiap akuarium tu. Jadi banyaklah spesis ikan yang kitorang tak tahu. Tapi yang pasti ada ikan arowana, belida, kelisa dan macam-macam lagilah.












Dah puas tengok ikan-ikan tu, kitorang gi tengok haiwan darat pulak. Sebelum tu jengok buaya yang terletak tak jauh dari akuarium tu. Lepas tu baru tengok binatang-binatang lain. Ada burung kakak tua, tupai, rusa, harimau bintang, harimau kumbang, kucing hutan, burung merak dan banyak lagi.

Lye Huat Garden ni jugak ada taman yang dipanggil Garden Yet Foo. Kat sini diletakkan berjenis-jenis batu yang diambil dari merata-rata tempat. Yang uniknya, setiap batu ni ada nama dan bentuk yang berbeza. Memang cantik. Selain itu ada juga Seisuke Gallery yang menempatkan kristal-kristal batu kapur yang semulajadi. Culture Treasure pula, membolehkan pengunjung melihat barang-barang purba yang semuanya dibawa dari negara China. 









Jadi kalau datang ke Kedah ni, selain Langkawi dan Bukit Kayu Hitam, singgahlah ke sini. Tak rugi pun, nak masuk pun murah dan banyak yang boleh dilihat di dalam garden ni.
Read more ...

Sunday 12 June 2011

Kemarahan Yang Tak Dapat Dibendung Lagi.. Part 2

Sekarang ni memang saat-saat hatiku tengah menggelegak dek perangai hamba Allah ni. Tak tahulah macam mana orang macam tu boleh hidup kat muka bumi ni.



Nak dijadikan cerita, aku dan sahabatku IS , nak pergi hantar surat resign kat bos ni. Awal pagi lagi memang dah bagitau dia yang kami nak pergi jumpa dia. Bila kami tiba di tempat kerja kami nampak kereta dia ada, pekerja yang lain pun cakap yang dia ada. Setelah lebih setengah jam kami tunggu, dia inform pada kami yang dia sedang buat landskap di rumah client. Takpelah, kami pun letak surat resign tu dalam ofis dia. Tapi hati kami tetap memberontak mengatakan yang bos tu sebenarnya masih ada dalam tempat kerja tu. Oleh itu, bila dah lewat petang tadi, aku pun call salah seorang pekerja yang memang buat landskap tu untuk confirm yang bos memang buat kerja kat site. Dan memang seperti yang dijangka, pekerja tu bagitahu memang bos tak ikut pun untuk buat landskap tu. Jadi memang sahihlah yang bos memang ada waktu kami sampai di tempat kerja tadi.

Nak tergelak pun ada melihat telatah orang ni. Kami bukannya budak kecil yang senang-senang boleh ditipu. Adui........ nak  menipu pun cerdiklah sikitkan... Tapi takpe, apa yang kami nak luahkan, kami dah tulis dalam surat resign tu. Tunggu masa sahaja untuk kami cakap face to face dengan dia. Malah, dia masih berhutang dengan kami.. Kalau dia tak mahu bayar, tunggu sajalah surat dari Pejabat Buruh ye...

Oklah, di sini aku selitkan sedikit maklumat tentang Akta Pekerjaan:

Kategori Pekerja Di bawah Akta Pekerjaan

Kategori-kategori pekerja yang dilindungi oleh Akta Perkerjaan:
a) Pekerja-pekerja dengan gaji tidak melebihi RM1500 sebulan.
b) Tanpa mengambil syarat gaji tersebut, pekerja-pekerja berikut juga dilindungi oleh Akta Pekerjaan
  • pekerja yang terlibat dengan pekerjaan kasar /tukang perantis
  • pekerja yang mengendali/menjaga kenderaan yang mengangkut penumpang atau barang atau untuk tujuan perdagangan.
  • pekerja yang menyelia pekerja-pekerja lain dalam melaksanakan kerja-kerja kasar.
  • pekerja dalam sebarang kapal berdaftar di Malaysia.
  • Pekerja domestik/Pembantu Rumah
Hak-Hak Pekerja Berkenaan Upah dan Gaji


a) Tempoh gaji- gaji dibayar sekurang-kurangnya sekali sebulan dan tidak lewat daripada 7 hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji.
b) Pendahuluan gaji- Jumlah pendahuluan sama dengan jumlah gaji sebulan. Jika untuk tujuan pembelian harta, boleh melebihi jumlah gaji sebulan tetapi mesti dapat kebenaran Ketua Pengarah Buruh.
c) Potongan gaji- Jumlah potongan tidak lebih daripda 50% gaji bulanan kecuali untuk pembelian rumah. Majikan berhak memotong gaji pekerja jika gaji terlebih dibayar, untuk indemnity kerana perlanggaran kontrak perkhidmatan dan potongan dibenarkan oleh undang-undang bertulis seperti KWSP, PERKOSO ,cukai pendapatan dll.
d) Keutamaan Gaji- Jika majikan menghadapi kebankranpan dan dikehendaki oelh mahkamah untuk menjual harta demi membayar hutang, pekerja mesti dibayar terlebih dahulu berbanding dengan pemiutang lain tetapi dihadkan kepada jumlah 4 bulan gaji sahaja.
e) Sistem Truck- gaji boleh terus dimasukkan ke dalam akaun bank

Hak-hak Pekerja Selain Daripada Upah dan Gaji

a) Hak Rehat-Setiap pekerja dibenarkan rehat sekali seminggu.
b) Tempoh waktu bekerja-Waktu kerja tidak lebih daripada 8 jam sehari. Bagi OT, tidak lebih daripada 10 jam sehari. Tidak boleh bekerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 30 minit. Bagi yang kerja 8 jam, tempoh rehat tidak kurang dari 45 minit.
c) Hari kelepasan (Cuti Umum)- Setiap pekerja berhak menikmati sebanyak 10 cuti umum di Malaysia dengan bayaran gaji penuh. Empat cuti umum yang utama ialah Hari Kebangsaan, Hari
Keputeraan DYMM Agung, Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri dan Hari Pekerja.
d) Kerja Lebih masa- Lebih masa bermaksud masa kerja melebihi masa kerja normal sehari. Pekerja yang kerja OT berhak mendapat upah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda daripada upah
biasa.

Itulah sahaja untuk tatapan kali ini. Sekian....
Read more ...

Saturday 11 June 2011

Kemarahan Yang Tak Dapat Dibendung Lagi..




Selama hari ni kami dah bersabar dengan perangai seorang hamba Allah ni. Dia mengaku dia 'otai' dalam dunia perniagaan ni. "Dah 20 tahun lebih dah saya dalam bidang ni". Itu jelah ayat dia. Tapi yang hairannya, cara dia menguruskan perniagaan dia macam orang baru 2 tahun buat bisnes. Apa yang dia buat semua betul. Yelah, dia kan bos.....

Tapi, bila kata-katanya mencabar kami, seolah-olah kami ni buat kesalahan besar, itu memang tak dapat dimaafkan.  Sedangkan kami cuma 2 bulan sahaja kat situ. Apa yang diharapkan daripada kami? Sedangkan dia sendiri jarang memantau apa yang berlaku dalam tempat tu. Apa yang dia tahu, ada duit masuk... Kemudian, semua income masuk poket sendiri. Bila duit dah masuk poket sendiri, automatiklah, semua duit yang diperlukan kebaikan atau perkembangan tempat niaga tu takkan ada. Macam manalah perniagaan dia nak berkembang maju.

Aku sendiri sedar, aku bukanlah perfect, aku juga ada banyak lagi benda yang perlu dipelajari, tapi aku juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan aku. Orang macam dia tak nampak apa yang dah berubah, tapi hanya akan menuding jari kepada orang lain supaya dia rasa bahagia apabila dapat menampakkan bahawa yang bersalah itu adalah orang lain dan bukan dirinya. Aku dah mula sayangkan tempat tu, tapi aku benci dengan pemiliknya..  Bila dia sendiri dah kata tanpa kami pun dia boleh uruskan tenpat tu, jadi, biarlah dia uruskan semuanya. Dia rasa diri dia hebat sangat. Tapi dia tak sedar, bahawa ada lagi yang lebih hebat daripada dia. Dan ada lagi orang lain yang boleh  buat lebih baik daripada dia.

Lagi satu, bila menegur orang tu, kena ada adabnya. Sebagai orang melayu, Islam dan berpelajaran, kenalah tahu cara-cara untuk menegur orang. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain sebab orang lain pun ada hati dan perasaan. Yang penting MARUAH!. jadi, bila rasa maruah dah diinjak-injak ke bumi dengan sewenangnya, kami memang takkan berdiam diri. Jadi beringatlah wahai insan yang bernama MAD GANI BIN ISMAIL, kami akan bangkit dan buktikan kami tak perlukan anda untuk kami berjaya....
Read more ...