Tuesday 26 February 2013

Le Tour de Hatyai ::: Part I


Salam kembali...

Setelah 3 hari jadi orang Siam, sekarang back to Malaysia ye..

Tak sahlah kan kalau tak wat esei tentang cuti hari tu kan..
Start dari hari Jumaat tu, kul 8.30am aku ngan AT dah tercongok kat PKNS Shah Alam, nak buat passport. Dengan gambar passport pun takde, nasib baik ada kedai dah bukak awal. Ambil gambar passport RM12.50 untuk 8 keping, pueh hati..

Sampai kat Tingkat 2, dahlah susah sikit nak cari Pejabat Imigresen tu, finally jumpa jugak. Mak aiii baru kul 9am dah penuh dengan orang. Sekarang dah tak payah isi borang, semua online daripada IC je. Tak sampai 3 jam, dah siap semua. Dalam setengah jam dalam ofis tu, pastu gi makan2 dulu, lepas 2 jam baru pegi semula kat ofis tu untuk ambil passport. Dah selamat.


Buku merah jangan lupa bawa,
Moga2 belum tamat tempoh..
Hehehehehe

Dalam masa 2 jam tu sempat la beli makanan & pasir untuk babies tu..
Balik rumah, packing2 barang, kul 3pm dah siap semua. Dah settle ngan babies tu sekali.
Tren kena naik kat KL Sentral, so call teksi untuk ambil dari rumah, pastu naik Komuter ke KL Sentral.

Entah berapa kali kitorang tawaf kat sana, sementara nak tunggu pukul 9.40pm (lenguh gaklah kaki ni). Tapi sempat jugaklah tukar RM ke Baht, walaupun agak murah, tapi dah takde pilihan, terima jugaklah.. Tukar RM420 cuma dapat 4000Baht.

Nampak cantek lagi duet kita. AT sampai sudah pening lagi dengan duit2 tu..
Sebab angka besar2. Hihihi..
Kunun tren kul 9.40pm, last2 dengar announcement tren reschedule ke pukul 9.50pm.. What??!! Lagi setengah jam nak kena tunggu. Alih2 kul 10pm baru naik tren tu. Spoiled mood.. First time pulak tu nail tren & ambil coach kerusi. Aku ngan AT dahlah sama2 comel, memang saket jiwa la..

Dalam tren ni ade la jugak jual makanan. Diorang tolak guna troli. Tapi peringatan & nasihat dari aku, tak payahlah nak ngengada beli kat dalam tu, mahal kott.. Baiklah beli KFC kat luar tu bawak makan dalam tren. Lagi pueh hati. Aku beli burger ayam (burger ke? ) ngan air tin boleh kena pau RM7. Huh.. Gilor..  Dahlah tak sedap..

Burger @ Daging di celah roti.
(Gambar gegar sikit sebab tren ni bergegar2)
Kul 1am kitorg menempuh beberapa coach untuk ke kantin. Kat sini korang bolehla order makanan panas atau yang dah siap bungkus. Aku beli teh tarik 2, mi goreng 1 ngn tomyam magi cup, kena dekat RM20.. Sabor jelah...

Dengan susah payah, dapat gak tido dalam tren tu.. Sampailah kat Alor Setar dalam kul 8am. Sampai Padang Besar dalam kul 9am. Turun tren, gi cop passport dulu. Masa banyak lagi, gi makan kat kedai makan kat tingkat 1. Ada 1 kedai pun, nak taknak memang kena beli kat situ jugak. Not badla.. tapi bukan yang terbest.

Sarapan pagi untuk mengalas perut yg dah berkeroncong

Dalam kul 10pm (waktu Malaysia) kitorang dah sampai kat sana. Sebab aku dah tau sikit2 jalan kat sana, so jalan terus ke tengah2 pekan Hatyai tu. Cek ngan kedai yang boleh booking hotel, kitorang decided nak cek in kat Grand Plaza. 890 Baht untuk 1 malam. Terus book 2 malam. Dapat resit tu terus g kat lobi hotel. Dapat no bilik 806, masuk bilik terus bummmmm..

Kat belakang tulah, Grand Plaza Hotel
Time ni belum hujan lagi..
 
Posing dulu dalam tren, time ni baru nak gerak dari
Padang Besar
 
AT merenung tren yang tak gerak2 setelah setengah jam menunggu

Ni air mineral free yang disediakan dalam bilik hotel.
Jenama Chang, jadi tak payahlah minum ye, sebab ni kilang yang
sama dengan kilang buat arak.

Pilihan air dalam mini bar. Mahal sikit dari harga biasa.
Beli kat luar jelah.. Murah sikit kann..


Letih weii... tapi puas hati sebab dah selamat sampai sana..
Rehat jap, nanti sambung lagi journey aku ye..
Tungguuuuuuu....
 
TATA



Read more ...

Thursday 21 February 2013

Harinya Telah Tiba

Salam kembali & Salam Jumaat..


Akhirnya sampai jugak hari nie.. Hahahaha
Plan yang dibuat dari 3 minggu lepas..
Hari untuk bercuti.. Kemana?
 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
HATYAI..
 
Dah lama tak jejak ke sana.
Dalam fikiran ni dah plan nak makan pulut ayam, teh tarik yang sedap tu, pulut durian...
Nyum nyum...
Tiket dah beli dari KTM, depart kul 9.40pm tapi yang lain, tak siap apa lagi nie..
 
ALAMAK!!!!
 
1 - Passport pun belum buat ni.. (Dah expired tahun lepas)
2 - Duit tak tukar lagi.
3 - Packing pun belum lagi..
 
Argghhhhhhhhhh
 
AT!!! Jom cepat kita gi wat Passport, nanti dari nak gi Hatyai, boleh sampai Padang Besar je..
 
Nak buat apa yang patut dulu..
Trip di Hatyai akan diupdate kemudian..
 
 
TATA...
Read more ...

Wednesday 20 February 2013

Baby Sayer


Salam & Hi..

Kali ni nak show off my babies pulak..

Bukan ini...



Mahupun yang ni..


Ooooppss, sayer ni single lagi okay.. (i mean belum kawen lagi)

Meh nak citer sikit sejarah hidup Abu.. Aku ngan AT ambil Abu dari SCRATH @ KTAJ. Dari Damansara Utama (belakang IKEA).. Nama mak angkat dia Farah. Abu duduk kat bawah kereta Farah, jadi taktaula sebenarnya Abu ni asal dari mana. Abu ni di serah untuk adopt pun sebab Sugar Glider Farah ni stress bila Abu ada; taknak makan, taknak minum, taknak main pun, tu yang Abu terpaksa diiklankan. Kesian Abu..

Tapi untungla dia sebab dapat kat kitorang. AT tatang dia macam minyak yang penuh (cheewaahhh)..
Belikan cage besi dekat RM300, bantal, makanan semua cukup.. Tapi masa kecik, Abu ni sangat hyperactive, nak pegang pun tak boleh. Lari je dia tau. Tapi bila dah besar, manja giler. (siap mintak dukung lagi.. ) Tapi dia bagus sebab toilet train, tak banyak bunyi (kecuali time dia nak mengawan, bising giler)..

Jadi, nilah babies sayer...
Comell kan Abu masa kecik. Suka landing dalam toilet..

First time letak bakul dalam cage dia. Gedik...

 
Macam tula dia mintak dukung. Panjat sendiri landing atas bahu AT.
Menyampah

Lupa plak nak bagitau, jangan salah sangka ye, Abu ni sebenarnya betina, bukan jantan.. Hihihi..
Ni semua sebab mak angkat dia yang taktau dia jantan @betina masa kecil. Lekatla nama Abu sampai sekarang..

Lagi satu kalau korang nak adopt kucing ni senang je, masuk je sini FB SCRATCH. Macam-macam ada... (kucing ler, bukan 'ayam' ye). Kitorang ambil ni free je, tapi sebenarnya ada jugak yang letak adoption fee, jadi kena pandai-pandailah cari..
Read more ...

Doa Masuk Rumah Baru

Salam kembali....
Haluuuuuu

Nak share sikit, doa dan amalan ketika masuk rumah baru..
Ini pun setelah buat sikit bacaan...

Nak masuk rumah baca doa ni


Maksudnya:
"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal
.

Lepas tu 7 malam berturut-turut buka Surah Al-Baqarah. Memang sikit suram masa memula masuk rumah tu, tapi lepas dah pasang surah tu, Alhamdulillah nampak dah tak suram lagi.

Yelah, lagipun kan rumah ni kosong pun dah agak lama.. 3 hari kosong pun akan ada makhluk lain yang akan menumpang, inikan pula sampai dekat 2 bulan kan..

Lepas seminggu duduk sini, baru nampak jiran-jiran depan rumah. Yang sebelah kiri family Cina, yang betul-betul depan rumah ni family Melayu. Aku nampak ada nenek sekali dalam family Melayu ni, tapi masalahnya nenek ni suka sangat tenung kitorang. Naik seriau jugaklah.. Ada sekali tu aku ngan AT balik dari jalan-jalan, masuk je kunci kat lubang kunci tu, tengok-tengok nenek tu buka pintu rumah dia, pandang kitorang. Tegak, tak bercakap pape. Dahla tu, berkemban & pakai b*a je. Kitorang masuk rumah tak pandang pun nenek tu. Lepas dari tu kitorang pasang ayat Ruqyah untuk 3 malam. Setakat ni takde pape la... & harapnya berterusan selagi aku ngan AT dok sini..

Kalau korang nak download ayat Ruqyah tu boleh klik link bawah ni.



Banyak faedahnya ayat ni, korang boleh baca kat sini.. Tapi hati-hati kalau korang ada gangguan jin, korang mungkin akan rasa;

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Jadi kalau rasa macam ada yang tak kena tu, korang janganlah dengar ayat Ruyah ni sorang-sorang ye.. Aku pun kalau dengar ayat ni rasa mengantuk je..


Okey, sampai sini je.. Harap setitik ilmu ni bermanfaat untuk korang..

TATA

Read more ...

Tuesday 19 February 2013

Pindah Rumah

Salam..

Hari ni nak cerita tentang pindah rumah pulak...

Kalau rumah tu yang kita boleh pindahkan kemana2 kan lagi best.. 

Aku ni baru pindah rumah. Tak sampai sebulan pun duduk rumah baru ni. Tapi nak cari yang kena dengan kriteria yang kita nak memang hazab jugaklah (demandlah kununnye.. ). Nak cari yang dekat dengan tempat kerja, murah, selesa, privacy, ada parking, selamat... Fuhh.. macam-macam. Sasaran utama cari kat mudah.my. Tak puas hati pulak, nak tengok rumah depan mata, so berpusing aku ngn hosmet mencari dari Shah Alam ke Damansara.. Habisla minyak 1 tank nak round-round cari rumah, tapi tak dapat jugak.

Last-last, cari kat mudah dapat satu rumah yang dekat dengan opis. Terus call owner rumah tu, Melayu, terus janji nak tengok rumah petang tu jugak.. Hangin kejapla, janji nak jumpa kul 6, kul 4.55 boleh plak dia sms kata nak jumpa kul 5. Giler... Dahlah aku mandi pun belum masa tu..

Alih-alih kul 6 jugak jumpa. tengok-tengok rumah not bad. Apartment 5 tingkat tapi ada lif.. Hahaha..
Tapi sewa RM900 (2+1+RM300).. Perghh.. berpinar kejaplah fikir nak kena bayar RM3000 untuk masuk rumah tu. Habis gaji sebulan.. Malam tu jugak, tunjuk dengan hosmet, confirm dengan tuan rumah kitorg setuju terus bank in RM200 kat akaun dia sebagai duit booking. Yessss... dah ade rumah, tak risau dah..

Tapi rumah tu dah tak dihuni dalam lebih kurang 2 bulan.. Seriau jugaklah nak masuk rumah kosong.
Dok cari kat Pokcik Google doa-doa & tips nak masuk rumah baru untuk mengelakkan benda-benda ghaib ni.. Tula banyak sangat baca cerita hantu kat forum, kan dah terbawa-bawa..  Hahahaha

28 Jan 2013

Dapat kunci dari tuan rumah, tupun dia datang tempat kerja sebab time tu aku kerja. At la yang kena tengok rumah tu. Malam pulak tu, nasib baik dia berhati waja (waja ke terpaksa?? Hahahaha) dia angkut barang-barang sikit masuk rumah baru.

Aku balik kerja dekat kul 1 pagi, terus amik barang-barang sikit masuk terus rumah baru. Nak pulak time tula lampu lif rosak pulak.. Adesss, berderau hati tapi biasala cool tu penting.. Masuk rumah rehat jap, pastu startla mencuci rumah.. Penat weeihhh, buat kerja sampai kul 4pagi.. bising pulak tu.. Dah siap tu, lantai dah kering, apa lagi, bentang tilam kat hall, terus out.. Rasanya kalau ada bom jatuh pun tak sedar apa dah.. Zzzzzzzzz

Dah, cerita tentang kemas barang-barang, angkut baju tu citer hari laen pulak ye...

TATA...
Read more ...

Monday 18 February 2013

Diari Setahun 2012

Entri lagi...

Kenapa dari 2011 terus ke tahun 2013 ye?? 



::: Latar belakang ; imbasan kembali ......

28 November 2011 

Mulalah perjalanan ke KL dari Arau naik keretapi.. Tujuannya, tinggalkan Utara untuk mencari ‘kehidupan’ yang lain.  Setahun kat Utara tu dah lebih dari cukup. Confirm , jiwa aku bukan kat sana.. 10 jam naik dalam tren sampai kematu dah (nasib amik bed), sampai KL aku disambut kawan yang aku kenal dari FB.. (Perempuan ok, bukan lelaki) ... 

Aku tumpang bilik dengan dia, tumpang kereta dia, tumpang makan sekali (bak kata orang tidur sebilik, makan sepinggan, drive sekereta)... Hihihihi.  2 minggu menganggur rasa macam sebulan, aku cari keje dapat kat Proreka (Lokasi dirahsiakan), jadi kerani QA (guna sijil SPM). 3 bulan je kerja aku berenti. Sayang jugak nak tinggalkan tempat tu, sebab staff semua baik, semua department pun giler cam aku.. Hihihihi

Tapi, mana cukup RM1000 je gaji, aku mintak kerja merata tempat (tapi online la, sekarang kan canggih, takdelah turun naik company orang J ). 

Guna ejen Kelly Services, aku dapat interview untuk CSE Maybank. Interview bulan 3, 16 April baru start kerja.. 

Alhamdulillah sampai sekarang aku kat sini lagi, cuma rumah dah 3 kali berpindah. Bilik mula-mula  sewa RM200 sebulan, naik tangga tingkat 5, parking luar, kena jalan naik bukit pulak tu, (kurus sikitla masa tu dah hari-hari excercise J). Lepas tu pindah rumah, dapat rumah yang fully furnish, ground floor plak tu, dapat plak parking space betul-betul depan rumah, memang heaven.. (Tapi sewa masterbedroom jer, RM450.. hehehe). 

Alhamdulillah, sekarang dah sewa rumah yang dekat dengan tempat kerja aku, boleh jalan kaki je. Hosmet aku pun sekarang dah tukar kerja dari bulan December lepas,  dah kerja kat Pesona Pictures dah. Jadi orang seni katenye.. Dapat jumpe retis (nak jadi glamourla kununye.. Hahahahaha). So, dah dekat dari Shah Alam ke TTDI ikut NKVE je dengan tol RM1.60. Kalau masa dok Puchong dulu boleh mencecah RM10 sehari untuk tol saje..Pergghhh.... 

Apapun thanx kat hosmet akusorang ni, teman aku cari kerja, bagi semangat time aku down. Time dia berenti kerja aku pulak bagi moral support kat dia.. Dia memang teman yang terbaeekkk.. 

Nak tengok ke rupe hosmet aku yang budiman lagi baek hati tu??

Ni dia.... 

At yang bajet comel..







Dah, cukup sampai sini dulu..
Tunggu next entri...
Nak tengok Cecilia Chung kat TV3 dulu nie..


TATA...
 




Read more ...

Update! Update!

Dah lama x meng'update' buku log ni. Wajah buku diubah sebab persekitaran & hidup aku pun dah berubah...

New home, new job, new friends & new LOVE.. Hehehehehe...
Catatatn baru akan bermula dalam sehari dua ni.. Yippie..
Mula menulis lagi (walaupun tahu ayat caca marba sebab ada pemerhati dalam rumah ni yang suka gelakkan susunan ayat aku yang tak seindah ayat Ramlee Awang Murshid)...

Dah cukup, nak kuar dinner dulu.. Quote malam ni...
Art ???

TATA...
Read more ...