Friday 1 March 2013

Le Tour de Hatyai ::: Part II

Salam semua..
Salam Jumaat..

Setelah beberapa hari ni baru aku dapat update cerita. Mana taknya, internet dah habis quota, kena tunggu cycle baru (Pakai broadband ni ler gamaknya, biler ntah nak masukkan Unifi ni). Hihihihi

Sambung cerita balik......

Bila dah sampai hotel, dah rasa bertenaga semula, mulala perjalanan nak cari lunch. Perut dah mula berkeroncong balik sebab penat jugaklah pusing jalan kaki dari stesen keretapi nak ke hotel tu. Aim kitorang nak makan nasi kuning kat Pasar Kim Yong tu, orang Pattani yang jual.. Sampai je sana, memang nasib kitorang baik, tengok pakcik tu berniaga lagi. (Yelah, aku last datang sini pun 3 tahun lepas.. manalah tau kot2 pakcik tu dah pencen ke). Tapi yang penting aku cari dulu Teh Ais yang dijual kat 7e. Aku minat giler ngan teh tu, walaupun AT kata biasa je... (Nak wat camner, lidah aku ngan dia tak sama).

Teh 7e yang menyegarkan tekak.. Ofkos beli yang cup besar

Lepas beli teh tu, straight kitorang pegi kat Pakcik Nasi Kuning tu. Pandai pakcik tu sebut 'Nasi', 'Makan', '2'.. Hahahaha. Tu maknanya, kitorang order nasi 2 ngan ayam. Makan nasi tu dengan acar timun dier, sekali dengan sos thai.. memang perghhhh. Gabungan semua tu memang mengancam la, ditambah pulak dengan teh ais tu. Bila lalu kat tekak, memang mencengkam jiwalah... Tu semua 90baht je hokeyyy... Ayam dahlah besar. Memang puas hati.

Lihatla lunch kitorang, nasi kuning dengan ayam goreng ditambah
dengan bawang goreng & acar timun & sos thai. Disulami dengan
teh ais 7e.. Delicious bebeh..
Perut dah kenyang, mata dah galak. Apa lagi, window shopping time...
Merata tempat kitorang pergi... Dari satu pasar ke satu pasar. nasib baik kat sini, semua pasar berbumbung. Dah pesan dulu kat AT, "hari ni kita aim dulu barang apa nak beli, esok baru beli".. hahaha, sangatla poyo nye..

Kat sini, CD blue & alat2 s*ks memang berleluasa dijual. Malu nak tengok. Terang2 tunjuk gambar pulak tu. Yang jual pulak kebanyakannya perempuan. Aduhhh... Ade tu lalu kat satu booth tu, nampak ada beberapa makcik ni (dalam lingkungan 50 tahun) dok berkerumun kat booth tu, Melayu Malaysia plak tu. Aku pun jeling jugaklah. Tengok sorang makcik ni dok pegang satu kotak kecik. Siap cakap kat makcik2 yang lain lagi  (telinga aku tajam je tangkap apa makcik tu cakap) " Ha, yang ni untuk laki time masa main" Umang haih... terer makcik ni, tanpa segan silu lagi, aku yang blushing lalu sebelah makcik tu.

Dah penat window shopping tu, tengok kedai2 baju, beg, kasut.. Memang banyak pilihan. Ofkos yang ada kat sini bukan yang ori, tapi design memang cantik2 & harga pun  berpatutan. Yang penting kena pandai tawar menawar & rajin jalan.. Hihihi..

Kitorang jalan tak lama pun, dah pusing tu, balik hotel balik. (keluar masuk keluar masuk, rasanya receptionist tu pun dah perasan kitorang)..  Kitorang dok fikir petang ni nak pergi pasar terapung Khlong Khae Floating Market. Plan awal nak pergi hari Ahad, tapi fikir petang sabtu lagi ramai orang, so pergi jelah petang tu. Keluar hotel memang banyak tuk-tuk dah menunggu. Diorang tak pandai cakap English or Malay, tapi diorang pegang gambar Khlong Khae Floating Market, so macam tulah cara diorang nk communicate untuk dapat customer. Pilik tuk-tuk pertama yang kitorang jumpa, mula2 tanya berapa return fare ke sana, pakcik tu cakap 500baht, aku mintak 400baht je, dia kata ok (patutnya aku mintak 200baht je kan... ).

AT yang gayat naek tuk-tuk untuk pertama kalinya.. Hihihi

AT gayat, sebab first time naik tuk-tuk. hihihihi... Lama jugaklah perjalanan ke floating market tu. Adalah dalam 30 minit sehala. Jauh tau. Rasa berbaloila harga tu. Time tu hujan dah renyai2.

Sampai sana, banyak booth baru bukak.. itupun dah ramai pengunjung. Pakcik tu memang tunggu kat depan satu temple ni (macam tempat parking kat situ) & siap suruh ingat no plat tuk-tuk tu.

Kalau terjumpa tuk-tuk ni, niler tuk-tuk yang kitorang naik..

Apalagi, bermulalah perjalanan...



Lalu atas jambatan, nampaklah deretan sampan2 berwarna-warni.

Macam2 yang ada.. Semua makanan..Ada yang biasa aku jumpa kat Malaysia, ada yang tak pernah jumpa.. Air minuman, aiskrim, jagung, puding, sup, kerabu & macam2 lagi. Aku beli air dengan telur ikan goreng. Tengah berjalan2 tu, hujan turun dengan lebatnya... Nasib ada payung yang kosong. Berteduhlah aku ngan AT bersama sorang makcik ni. Makcik ni nak bersembang lagaknya, tapi dia cakap dalam bahasa Siam, so aku ngn AT dok angguk2 sengum2 jelah.. Hihihihi..

Memang colorful...

Tembikar untuk air minum, dari 20baht ke 30baht..

Telur ikan goreng. Kalau tak silap 20baht

Comey lotey akak yang jual ni. Macam2 jenis lokching yang dia jual

Selain dari telur tadi, ni jelah yang kitorang beli; jagung dalam sampan, 25baht,
ayam goreng 30baht

Bakul untuk tukar baki tupun diorang hias cantik..
Tapi petang tu memang hujan sekejap pastu berenti pastu hujan balik berenti pulak. Adalah beberapa kali. Selain daripada jualan dalam sampan tu, ada lagi kat tebing atas daratan, jual makanan jugak.. Berbumbung & lagi banyak booth. Kitorang tak beli banyak makanan pun, saje berjalan untuk tengok Floating Market Khlong Khae yang orang dok sebut tu je. Dah puas tu, kitorang balik semula ke hotel.

Air dari tebing atas lepas hujan. dah macam air terjun lagaknya.

Sebelum balik berehat tu, kitorang pergi kat ejen yang jual tiket bas konsortium untuk beli tiket balik nanti. Dapatla 2 keping tiket harga 1100baht dari Hatyai ke Shah Alam. Balik hotel tido dulu. Malam kang nak makan pulut durian pulak. Hahahahah..


Malam dinanti telah tiba. Misi mencari pulut durian.. Memang ade satu gerai yang jual segala macam pulut ngan ayam goreng, udang goreng.. Tapi bila malam pulak akan ada satu lagi gerai yang jual benda yang sama & makanan dia nampak lagi menyelerakan. Ini kot yang orang dok cakap sebab yang jual tu berjubah.

Beli pulut mangga (harga 50baht), durian sebungkus (100baht) ngan udang besar sekor 100baht. dah cukup.. risau jugak nak bawa durian masuk hotel, so sorok2 nak bawak masuk tu. Kitorang makan dalam bilik sebab kat gerai tu takde tempat makan.. Peliknya, durian tu memang tak berbau la.. & lagi pulak aku boleh pulak terjumpa getah sayur kat dalam durian tu.. Errmmm, pelik.. camne boleh ade getah dalam ni.. Atau, getah tu la punca durian tu tak berbau.. Sampai sekarang aku tertanya-tanya..

Ni assistant akak jubah tu.. (agaknyela.. )

Memang nampak menyelerakan.. Jual panas2

Sebelum tu, sempat lagi beli Kacang Chiang Mai. Ade pakcik tu jual peket besar tu sampai 200baht sepeket, peket kecil 100baht. Tapi pakcik ni cakap kalau aku beli 2 peket besar ngn free 1 peket kecil 200baht je. Alih2 masa pakcik tu isi dalam plastik, dia isi 3 peket besar, 1 pekat kecil. Murah rezeki pakcik ni. Malam tu, dalam bilik, sambil tengok TV, sambil tu mengunyahla kacang ni... Rasa dia tawar sikt, tapi addicted plak nak mengunyah je walaupun leceh nak kupas kulit dia..

Niler ruper kacang Chiang Mai tu. Nipis cam kuaci..


 
Dah tamat episod II,
Sambung episod III untuk citer hari Ahad pulak ye..
(Update sampai habis dah citer Rocky kat TV2 nie)...

TATA....









No comments:

Post a Comment