Wednesday 27 March 2013

Le Tour de Hatyai :::: Part III

Salam..
Selamat hari Rabu..
Setelah sekian lama baru la dapat sambung semula esei yang tertinggal hari tu. Tertunda atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.. Huhuhuhu
Okey, sambung sambung....

Hari Ahad pulak..
Dalam pukul 10 pagi kitorang dah bangun.
Jalan2 cari sarapan kat Hameed Restaurant yang orang dok cerita tu. Bila masuk, tak ramai customer pun kat dalam tu. Tengok menu alih2 aku amik Murtabak dengan Kari Ayam dengan teh tarik, AT amik American Breakfast sekali dengan fresh orange.

Sambil tunggu tu ade pulak yang wat show depan kedai. Ala koboi tapi sebenarnye
cuma jual toys untuk bebudak jer. Hihihi

Sambil tunggu makanan sampai sempatlah tengok interior dalam restoran tu. Pelayan yang perempuan semua pakai tudung & diorang pandai cakap Melayu. Yang bestnya, aku pandang kat tempat diorang bancuh air, fuuuuhhhh kita kat sini buat teh tarik kena tarik dengan 2 koleh besar untuk dapat buih2 tu kan... Kat sana, diorang guna pemukul telur untuk dapat buih2 tu. Tak payah nak susah2 nak tarik2 panjang2... hehehehehe... Kreatif..

Tadaaaa ni teh pukul nama dia, bukan teh tarik ye.. Rasa sama je macam teh tarik.
 

Tengok betapa tingginya buih teh pukul nie..
Makanan tiba, apalagi melahap lah.. sedap jugak masakan diorang ni.. Walaupun harga agak mahal, tapi kena ketepikanla harga tu & fikir yang makanan tu sedap & kena dengan tekak anak Jawa & Nogori ni.. hehehe

Aku punye murtabak ngan teh pukul,
AT punya yang selebihnya..

Dah habis sarapan, kitorang berjalan2 keliling pasar. Tak banyak kedai yang bukak lagi time tu. Tak taulah bukak kul berapa. Tak lama pastu hujan turun pulak. Tapi tak lebat sangatlah. Jalan kaki gi tempat pasar pagi untuk makan Nasi Kuning yang sedapp tu. Dah habis makan, kitorang cuci mata kat dalam pasar tu, cari2 baju jaket untuk AT. Jaket cantek, harga asal 1200baht, tawar2 dapatla 1050baht.. hehehe..

Sampai ke petang kitorang jalan2 kat pasar tu cari baju, dapatla T-Shirt 4 helai, cari fridge magnet & keychain untuk ofismate sekali.. Balik dari jalan2 dalam hujan tu la singgah Central makan aiskrim Swensen.. Sejuk je mengalir kat tokak ni... Nyum nyum...

Keychain & Fridge Magnet sebagai cenderahati..

Aiskrim & Ice Lemon Tea..
Air sejuk tu free, tapi memang cool giler gelas tu. Santekkkk..

Nyum nyum.... Sodap...Pure chocolate..

Malam tu keluar kejap je, sebab hujan lebat, orang pun tak ramai dah. Cuma tinggal beberapa kerat je.. Tak meriah dah.. Sedey je..

Ni diorang tunggu ramai2 depan Odean nak balik Malaysia..

Hari Isnin...

Bas kitorang kul 9.30am.. Pukul 8 kitorang dah keluar. Bajet nak makan kat Hameed Restaurant, tapi hampa, tutup rupenye. Jalan kaki sikit sampai kat Restaurant Salma. Order Roti canai dengan teh tarik. Aku memang terpikat dengan kari Ayam kat sini, kari hijau. Terasa2 lagi kat tekak ni.


Kebosanan tunggu bas yang tak kunjung tiba.
Takde tempat duduk & dalan hujan pulak tu..
Dalam hujan tu akhirnya bas Konsortium yang ditunggu pun tiba.

Bye bye Hatyai.. Sedey je nak tinggalkan hatyai ni.

Sebelum habis esei ni, nak bagi sikit tips sebelum gi sana,

1) Book dulu hotel online, atau kalau dah tak sempat book melalui ejen kat sana, jangan terus walk in ke hotel.

2) Nak tukar duit tukar kat sini before sampai sana. Sebolehnya jangan tukar duit kat sana. Kalau nak withdraw duit gne kad Debit Malaysia, kena cari yang ade PLUS, nanti ade cas RM14 (hari tue aku keluarkan dari akaun Maybank)

3) Dah sampai sana beli simkad Dtac, murah beli simpac 64baht. Pastu call ke Malaysia seminit dalam 20baht je.. (Lagi murah, kalau gune simkad kite, maunya dah tolak berpuluh2 ringgit)

Tulah dier diari perjalanan aku selama 3 hari ke Hatyai.
Next update ke Ganu pulak...

TATA....



No comments:

Post a Comment