Tuesday 26 February 2013

Le Tour de Hatyai ::: Part I


Salam kembali...

Setelah 3 hari jadi orang Siam, sekarang back to Malaysia ye..

Tak sahlah kan kalau tak wat esei tentang cuti hari tu kan..
Start dari hari Jumaat tu, kul 8.30am aku ngan AT dah tercongok kat PKNS Shah Alam, nak buat passport. Dengan gambar passport pun takde, nasib baik ada kedai dah bukak awal. Ambil gambar passport RM12.50 untuk 8 keping, pueh hati..

Sampai kat Tingkat 2, dahlah susah sikit nak cari Pejabat Imigresen tu, finally jumpa jugak. Mak aiii baru kul 9am dah penuh dengan orang. Sekarang dah tak payah isi borang, semua online daripada IC je. Tak sampai 3 jam, dah siap semua. Dalam setengah jam dalam ofis tu, pastu gi makan2 dulu, lepas 2 jam baru pegi semula kat ofis tu untuk ambil passport. Dah selamat.


Buku merah jangan lupa bawa,
Moga2 belum tamat tempoh..
Hehehehehe

Dalam masa 2 jam tu sempat la beli makanan & pasir untuk babies tu..
Balik rumah, packing2 barang, kul 3pm dah siap semua. Dah settle ngan babies tu sekali.
Tren kena naik kat KL Sentral, so call teksi untuk ambil dari rumah, pastu naik Komuter ke KL Sentral.

Entah berapa kali kitorang tawaf kat sana, sementara nak tunggu pukul 9.40pm (lenguh gaklah kaki ni). Tapi sempat jugaklah tukar RM ke Baht, walaupun agak murah, tapi dah takde pilihan, terima jugaklah.. Tukar RM420 cuma dapat 4000Baht.

Nampak cantek lagi duet kita. AT sampai sudah pening lagi dengan duit2 tu..
Sebab angka besar2. Hihihi..
Kunun tren kul 9.40pm, last2 dengar announcement tren reschedule ke pukul 9.50pm.. What??!! Lagi setengah jam nak kena tunggu. Alih2 kul 10pm baru naik tren tu. Spoiled mood.. First time pulak tu nail tren & ambil coach kerusi. Aku ngan AT dahlah sama2 comel, memang saket jiwa la..

Dalam tren ni ade la jugak jual makanan. Diorang tolak guna troli. Tapi peringatan & nasihat dari aku, tak payahlah nak ngengada beli kat dalam tu, mahal kott.. Baiklah beli KFC kat luar tu bawak makan dalam tren. Lagi pueh hati. Aku beli burger ayam (burger ke? ) ngan air tin boleh kena pau RM7. Huh.. Gilor..  Dahlah tak sedap..

Burger @ Daging di celah roti.
(Gambar gegar sikit sebab tren ni bergegar2)
Kul 1am kitorg menempuh beberapa coach untuk ke kantin. Kat sini korang bolehla order makanan panas atau yang dah siap bungkus. Aku beli teh tarik 2, mi goreng 1 ngn tomyam magi cup, kena dekat RM20.. Sabor jelah...

Dengan susah payah, dapat gak tido dalam tren tu.. Sampailah kat Alor Setar dalam kul 8am. Sampai Padang Besar dalam kul 9am. Turun tren, gi cop passport dulu. Masa banyak lagi, gi makan kat kedai makan kat tingkat 1. Ada 1 kedai pun, nak taknak memang kena beli kat situ jugak. Not badla.. tapi bukan yang terbest.

Sarapan pagi untuk mengalas perut yg dah berkeroncong

Dalam kul 10pm (waktu Malaysia) kitorang dah sampai kat sana. Sebab aku dah tau sikit2 jalan kat sana, so jalan terus ke tengah2 pekan Hatyai tu. Cek ngan kedai yang boleh booking hotel, kitorang decided nak cek in kat Grand Plaza. 890 Baht untuk 1 malam. Terus book 2 malam. Dapat resit tu terus g kat lobi hotel. Dapat no bilik 806, masuk bilik terus bummmmm..

Kat belakang tulah, Grand Plaza Hotel
Time ni belum hujan lagi..
 
Posing dulu dalam tren, time ni baru nak gerak dari
Padang Besar
 
AT merenung tren yang tak gerak2 setelah setengah jam menunggu

Ni air mineral free yang disediakan dalam bilik hotel.
Jenama Chang, jadi tak payahlah minum ye, sebab ni kilang yang
sama dengan kilang buat arak.

Pilihan air dalam mini bar. Mahal sikit dari harga biasa.
Beli kat luar jelah.. Murah sikit kann..


Letih weii... tapi puas hati sebab dah selamat sampai sana..
Rehat jap, nanti sambung lagi journey aku ye..
Tungguuuuuuu....
 
TATA



No comments:

Post a Comment