Wednesday 27 March 2013

Cuti-Cuti Malaysia :::: Terengganu Part I...

Salam 1 Malaysia...
Cheewaaahhh...
Dok kat Mai Street Cafe kat TTDI sambil mengarang entri ni memang best.
Sambung2...

Kali ni nak cerita pulak journey aku ngan 3 orang member ke Pantai Timur;; Terengganuuuuuuu..
Aku pergi ke sini last pun dalam tahun 2008 masa study dulu itupun sebab ade site visit.

Perjalanan mula hari Jumaat 22/3/2013.
Pukul 8 malam aku ngan AT ambil dulu member kat OUG Condo pastu terus mulakan perjalanan ke Kuantan. Plan asal memang nak gi kenduri ofismate AT sebenarnya dekat Kuantan. So, sebab dah memang bajet akan sampai Kuantan waktu malam, aku dah tempah dulu siap2 homestay kat sana. De'wasih kat Taman Cenderawasih, Kuantan dengan harga RM145 semalam.

Pukul 9 malam barulah perjalanan sebenar bermula.. Dari OUG ikut KESAS terus ke Ampang untuk masuk MRR2 ke Kuantan. Jammed pulak tu kat area Cheras sampai Pandan. Dekat pukul 10 malam baru dapat ke Karak. Banyak lagi kenderaan masa tu, so tak seriau sangatlah. Tambah pulak karak kan ade banyak cerita mistik.

Tapi nasib baik berempat dalam kereta tu, jadi bersembang sakan jelah sepanjang perjalanan untuk mengelakkan mengantuk & nak ketepikan perasaan  seriau tu. Pukul 11.30 malam berhenti dulu kat Hentian Maran. Letih, kematu, so minum2 dulu. Sebelum tu inform dulu tuan homestay tu. Nasib baik dia okey je.

Pukul 1 pagi barulah sampai kat homestay tu. Rumah 2 tingkat, besarr & cantekk tapi nampak kusam sikit sebab mungkin dah lama takde orang duduk. Kat rumah tu ade 3 bedroom 2 toilet. Ade astro, furniture pun lengkap. Aircond ade dalam 2 bilik kat tingkat atas, tapi tak sejuk sangat, so so je.. Bolehlah sebab nak lelapkan mata je sebelum nak teruskan perjalanan pagi nanti.

Pukul 10 pagi mulalah perjalanan, kenduri tak jadi pergi atas sebab2 tertentu.. Jadi terusla perjalanan ke Ganu kite. Hotel tak book pun, nie main redah je... Sebelum tu singgah dulu makan kat sebuah kedai tepi jalan tak jauh dari homestay. Aku makan nasi campur, AT ngan sorang member makan nasi ayam. Alamak, rasa dia tak bestla.. terlebih garam pulak.. Ermmmmm takpelah... Alas perut je, makan jugaklah sikit..

Nasi ayam yang masin... Kat sini air pulak tawar... Huhuhu
 
 
Baru pukul 10 pagi tapi panasnya... Terik

Perjalanan diteruskan lagi.. Plan nak guna jalan tepi laut ikut Kemaman, tapi sampai Kemaman, jammed pulak.. So, terpaksa minta bantuan Waze untuk cari shortcut untuk elakkan jammed. Berpusing ikut rumah2 orang sampailah Jalan Alternatif ke Kuala Terengganu. Lalu celah2 kelapa sawit. Huhuhuhuhu....

Ikut Jalan Alternatif barulah dapat elakkan jammed kat Kemaman nie

Sejuk mata dengan kehijauan sepanjang perjalanan.


Berpusing2 jugaklah, dari kelapa sawit balik semula ke Jalan Tepi Pantai...
Fuuuhhhhh yang ni best sebab laut dia sangatlah canteeekkkk... Biru je... Geram je tengok..
Lalu kat Pantai Kelulut tu memang best, dengan pokok2 melambai2.. angin sepoi2...

Nampak tak kebiruan laut tu..
Mencengkam semua deria.

Ni rasanya landmark kat Kuala Terengganu.
Hardscape penuh dengan seafood.
Sampai kat Kuala Terengganu, pusing dulu cek chalet2 kat Pantai Batu Buruk tapi hampa semuanya penuh.. Waaaaa nak dok mana ni...

Alih2 pegi kat Angullia Resort, ade banyak lagi bilik kosong..
Kitorang pilih bilik untuk 4 orang sekali. Receiptionist tu suruh tengok2 bilik dulu.. Chalet lama...
Umanggg Aiihhhh skerinya bilik ni... takut pulak tengok. Pastu tengok toilet... Fail.. Mintak kat dia nak tengok chalet dalam blok baru.. Nasib ada kosong.

Posing sikit depan chalet. Yang ni yang baru.
 Nampak okey sikit dari yang lama

Bila tengok yang baru tu, nampak cam okey, 2 katil queen & toilet pun besar & agak bersih. Okey deal.. RM150 & deposit kunci RM10.. Kereta pulak boleh parking kat depan chalet tu, tak perlu nak jalan jauh2.. Dah masuk lepak2 atas katil, bincang2 pulak untuk aktiviti sebelah malam. Tapi masa tu dah terbayang2 ikan goreng tepung & kepok lekor nak makan kat tepi pantai.. Walaupun diorang dah letih, aku paksa jugak keluar petang tu untuk makan kepok lekor.. Hahahahahaha

Tak tau nak makan kat mana, last2 nampaklah deretan kedai makan..
Pilih ikan kembong, harga RM4 sekor, dengan sotong goreng sekor yang sedang RM14 100gram, dengan kepok lekor RM5 dengan Cendawan goreng RM5. Disulami dengan air kelapa... Perghhhhh
Memang mabeles...... Tambah pulak dengan tiupan angin laut & saujana nampak Pulau Kapas..

Time nak bayar tu... dengan kuantiti & kualiti camne tau tak semuanya cuma RM44 jer...
Hullamakkk... Memang terbaekkk....

Tu diaaaaa kepok lekor yang terbest... sedappp woooo
memang menyengat rasa ikan dia..

Nampak tak kerangupan ikan goreng... Kat belakang tu cendawan goreng..
Sangat lazat hokeyyyy...


Yang dinanti... Sotong goreng tepung.. Sangat banyak & sangat lazat
sangat sangat...

Ada pulak replika sampan kat depan kedai ni... Hehehe

Bila dah kekenyangan, dalam pukul 9 malam baru gerak balik. Kununnya nak ke Bandar Kuala Terengganu. Tapi singgah dulu kat sebuah kedai mini supermarket cadang nak beli selipar sebab memasing tak bawak selipar. Time tu pukul 9.45 malam. Baru nak belek2 baju, dengan ada customer lain lagi kat dalam tu, boleh diorang tutup je lampu & aircond camtu tanpa ade apa2 announcement. Hangatnya hati masa tu. Kalau ye pun, bagitaula elok2.. Hishhh memang banned la kedai tu.

Lalu jugak kat Pantai Batu Buruk...
Ramai jugak orang malam2 kat sini.. Meriah jugaklah..
Tapi sebab 2 orang member ni tak berapa sihat, jadi berpatah balik kitorang ke Angullia...
Penat sikitla malam tu, jadi before pukul 1 semua dah tertido.
Tapi yang tak bestnya, kitorang kena kacau sikit dengan makhluk2 ni..
Nakal betul... Sabor jelah...


Cukup ni dulu... Nanti sambung lagi Part II ye...
Nak habiskan dulu Nescafe O Mai Street Cafe ni...

TATA......





No comments:

Post a Comment