Saturday 30 March 2013

Cuti-Cuti Malaysia :::: Terengganu Part II...

Salam Malaysia...
Second series....
Sambung sambung....

Esoknya (24/3/2013)....

Pukul 9 pagi baru bangun.. Letih kot malam tadi... hehehe
Mandi siap2, semua plan taknak dok situ dah... Kena cari hotel lain pulak. Kali ni kena cari hotel yang betul2 proper...

Keluar dari Anguillia terus cari port makan dulu. Lapar neh..
Jumpa la satu kedai makan tepi laut.. (Memang kena cari kedai yang tepi laut, baru namanya berjalan kat Terengganu. Hihihihi)... Lupe dah apa nama restoren tu..

Cam bese AT ngn member sorang ni makan nasi ayam. Sorang lagi order bihun sup, aku amik nasi campur dengan gulai ayam kampung. Alamak... fail lagi... Gulai takde rasa, bihun sup yang member aku order pun rasa tawar je, sampai dia kena tambah sendiri garam ngn lada sulah yang ada atas meja tu.. Sabo jelah.. Tapi nasib baik roti canai dia sedapp. Garing...

Sambil makan tu kitorang pun meng'online'kan diri untuk cari pilihan2 hotel yang ada. Semua cakap dah penuh, fully booked.. Maklumlah cuti sekolah la katakan... Member aku yang sorang ni pandai psycho orang sikit (jangan marah ye laling..) Dia auta2 ayat sampai receptionist tu kata ada bilik kat sana... Prinzpark Hotel... Hehehehe.. Hebat2.. Hotel tu baru lagi bukak.

Apalagi, terus drive ke Prinzepark tu. jenuh jugaklah nak cari jalan masuk sebab ni hotel baru & kat tepi laut pulak tu.. Rupanya kat belakang TER je.. TER shortform untuk Terengganu Equestrian Resort.. Bila dah sampai tu, terus kitorang ke bahagian Receiptionist, tanya juga bilik yang ada. Mintak juga receiptionist tu untuk carikan bilik untuk 4 orang. Ada dalam 30 minit jugaklah berdiri kat depan tu. Last2 dapat jugak, tapi bilik untuk 2 orang, sebelah2...

Promotion rate waktu tu, RM180 1 malam. Kalau tak yang normal rate dalam RM300++. Fuhhh...
Tapi bilik memang superb... Santekkk... Mengadap laut biru..

Jobo sebab dapat bilik mengadap laut..

Tilam, interior yang sgt comfy

Toilettries yang comel..

Dalam toilet pun  nak posing.. Huhu

Simple je card pack ni..

Another interior

Yang tu Pulau Kapas..

Berjobo lagi.. Bawah tu bumbung depan lobby, sekali imbas macam
swimming pool..

Sebab bilik dah best, dah rasa malas nak keluar. So, check in tupun dah dalam pukul 1.30 petang. Lepas bincang2 semua, dalam pukul 4.30 petang baru kitorang keluar. Itupun keluar ke Pantai Batu Buruk. Tempat ni dekat dengan bandar. Ramai juga yang datang melepakkan diri kat sini & ada juga kedai2 makan tepi pantai. Menu kebanyakkan semua kedai semua sama. Seafood goreng; ikan, sotong, udang and of course la kepok leko. Tapi, malangnyr harga kat sini lagi mahal dari tempat kedai semalam & rasa lai hampeh.. Service pun hampeh juga.. adoiii rosak mood..

Kat sini dah siap goreng..

Tapi yang bestnye malam tu kitorang makan buffet kat Primula Beach Resort. Harga RM46/person.
Tapi jangan expect untuk menu yang banyak macam kat area Klang Valley ye, sebab kat sini menu pilihan yang ada ala kadar je. Ada nasi putih, sup tulang, sotong sumbat & ikan apa ntah... Sambal, salad, buah2an & dessert. Bolehlah........
Ada juga band yang menghiburkan tetamu yang ada.. Halwa telinga...

Sotong sumbat, rendang ayam, tiram with cheese baked &
mackerel

Cantek deco dalam ni..
Abaikan model dalam pic nie.. hihi
Then, malam tu pusing2 bandar Terengganu juga & terus balik bilik hotel..
Sempat lagi la malam tu tengok citer More Than Blue, citer Korea tu.. hihihi.. Dah puas apa lagi, meng'tidor'kan diri la...

Hari keesokannye........

Kitorang janji nak bangun pagi pukul 7 pagi sebab nak breakfast. Tapi semua tak sedar alarm bunyi. HP pulak masa tu rupanya hang, AT yang terjaga dulu. U know what, jam kat HP tunjuk pukul 2 lebih. Bilik memang gelap, memang takde cahaya dari luar langsung. Melompat kitorang dari katil, tengok luar tingkap, nak pastikan betul ke dah petang. Cuak yaaaaa amat masa tu.. Da... rupenya baru pukul 8 pagi.. Kuikuikui...

8.30pagi turun breakfast, kat sini takde guna kupon..
Santai... tu nama cafe dia..
Ramai lagi orang masa ni, menu yang ada; Nasi Dagang & ikan Tongkol, bihun Singapore, roti, muffin & salad. Okeyyy semua dah bawak kat meja.. Tapi bila makan, alamakkk rasa kureng pulak.. Telan jugaklah sebab lapar kan.. Muka kuciwa je semua...

Bila dah kenyang semua, balik ke bilik semula.. Sambung krohhh krohhh.. Hihihihi
Bila dah tiba time nak chekout semua bad mood... Tak puas lagi merehatkan diri kat Prinzpark ni.. Waaaaaa
Misi akhir sebelum balik, makan kat tempat pertama kitorang makan masa first day sampai kat Terengganu.. Walaupun time tu baru je pukul 1.30 petang. Kitorang semua sanggup tunggu sebab kedai tu bukak pukul 3.30 petang. Hihihihi... nasib ade satu kedai tu br je bukak pagar, dia offer air kelapa.. Pueh hati.

Lupe pulak  on the way nak sampai tu, kitorang dah memborong segala jenis keropok; kering, lekor, sotong kering, satar & tak dilupa sos cecah kepok yang sedap tu. Sekali dengan akok, tak tau pulak ada banyak jenis akok. Yang selalu jumpa kat KL tu akok telur nama dia. Ada juga akok kampung, akok bakar & akok pandan.. Semua sedap2... Nyum nyum..

AT & kepok

Kepok lagi.. Nyum nyum

Dah borong, time bayar kena RM110, banyaknye borong

Bangsal untuk bakar akok

Ada customer lain datang awal seminit je dari kitorang

Tengok.. macam2 jenis akok yang ada

Ni makcik yang jual akok ni.. Makcik ni ramah & baik hati
Sembang2 supaya masa berlalu pantas (yelah nak tunggu kedai ni bukak lagi dalam sejam setengah), kitorang hayati puas2 pemandangan & ciptaan Ilahi yang menakjubkan ni. Dalam pukul 3 akak tu datang kat kitorang  & cakap kitorang dah boleh order.. Yippieeeeeeee

Pilih ikan kembung 4 ekor, sotong 2 ekor (besar2 tau), sekor wat masak sambal, sekor lagi goreng tepung, kepok lekor RM5, tomyam ayam & sup cendawan... Total semua RM105...
Mabelesssssssssssssssssss, Incredible...
Ni la penutup yang best kat Ganu ni... Hihihihi

Menu lunch & dinner..
Lepas dah kenyang semua.. gerak balik dah.. Jam pun dah pukul 4.30 petang.. Sebelum tu singgah dulu kat Kedai Makcik Gemuk 69 (Amboiiihhh nama... ) dengan hasrat nak beli kaftan.. Dapatla beli 2 helai dengan harga RM35 & RM30.

Kemudian....
Perjalanan dimulakan menuju ke Shah Alam..
Tak jem, tapi LPT dari Kuala Terengganu tu takde jalan direct sebab dia redirect kena ikut jalan Kemaman jugak (don't know why)...

Sampai Shah Alam dalam pukul 1 pagi.. Lotihnyo....
Tapi, secara keseluruhannya journey ke Pantai Timur ni memang best.. (abaikan benda2 yang tak best tu)..
Kepok lekor, sotong goreng tepung, Prinzpark...
Insha Allah satu hari nanti akan ke sana lagi...

Perancangan seterusnya Cameron Highland pulak...

Fuhhhhhhh
Dah cukup setakat ni entri kali ni..
Nak sambung tengok cerekarama ni Qaseh Lara ni..


Indahnye ciptaaan Ilahi..


TATA..
























No comments:

Post a Comment