Wednesday 20 February 2013

Doa Masuk Rumah Baru

Salam kembali....
Haluuuuuu

Nak share sikit, doa dan amalan ketika masuk rumah baru..
Ini pun setelah buat sikit bacaan...

Nak masuk rumah baca doa ni


Maksudnya:
"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal
.

Lepas tu 7 malam berturut-turut buka Surah Al-Baqarah. Memang sikit suram masa memula masuk rumah tu, tapi lepas dah pasang surah tu, Alhamdulillah nampak dah tak suram lagi.

Yelah, lagipun kan rumah ni kosong pun dah agak lama.. 3 hari kosong pun akan ada makhluk lain yang akan menumpang, inikan pula sampai dekat 2 bulan kan..

Lepas seminggu duduk sini, baru nampak jiran-jiran depan rumah. Yang sebelah kiri family Cina, yang betul-betul depan rumah ni family Melayu. Aku nampak ada nenek sekali dalam family Melayu ni, tapi masalahnya nenek ni suka sangat tenung kitorang. Naik seriau jugaklah.. Ada sekali tu aku ngan AT balik dari jalan-jalan, masuk je kunci kat lubang kunci tu, tengok-tengok nenek tu buka pintu rumah dia, pandang kitorang. Tegak, tak bercakap pape. Dahla tu, berkemban & pakai b*a je. Kitorang masuk rumah tak pandang pun nenek tu. Lepas dari tu kitorang pasang ayat Ruqyah untuk 3 malam. Setakat ni takde pape la... & harapnya berterusan selagi aku ngan AT dok sini..

Kalau korang nak download ayat Ruqyah tu boleh klik link bawah ni.



Banyak faedahnya ayat ni, korang boleh baca kat sini.. Tapi hati-hati kalau korang ada gangguan jin, korang mungkin akan rasa;

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Jadi kalau rasa macam ada yang tak kena tu, korang janganlah dengar ayat Ruyah ni sorang-sorang ye.. Aku pun kalau dengar ayat ni rasa mengantuk je..


Okey, sampai sini je.. Harap setitik ilmu ni bermanfaat untuk korang..

TATA

No comments:

Post a Comment