Tuesday 9 April 2013

::: Diet Diet!!!!! :::

Salam Hari Selasa...

" Aku dah semakin gemuk. ARGHHHHHHHHH!!!!!!"

Tu la yang dalam fikiran ni sehari2.
Berat makin naik, tapi takde lagi effort nak berdiet & exercise..
Adoiii, hasrat di hati tu memang ada, tapinak mulakan sesuatu tu memang susah.
Azam tahun2 lepas mesti ada sekali tersenarai nak kuruskan badan, tapi sampai hujung hujung tahun, xde sebarang perubahan pun..
Tension2..

Badan dah terasa makin berat.
Baju dah ada yang semakin sendat
Muka pun makin bulat
Nak taknak, kena jugak berdiet & exercise..
(Kuatkan hati, kuatkan semangat)

So dalam beberapa hari ni jenuh jugak cari tips2 diet.
Sebab nak berdiet ni bukan saja dengan kurangkan makan, tapi kena tukar juga pola pemakanan & yang penting skali kena maintain ada exercise.
Macam aku ni bahagian peha ni kena diberi perhatian lebih, so kena tengoklah exercise2 tertentu untuk kecilkan peha yang comel ni. Hihihihi


Setakat ni untuk exercise, aku banyak tengok page Kevin Zahri.
Untuk resepi, merata2 aku tengok, tapi mostly aku tengok resepi untuk sandwich untuk ganti nasi & juga resepi yang takde melibatkan aktiviti goreng menggoreng ni.


Harap2 kali ni berjayala hendaklah..
Target dirahsiakan, tapi setiap perkembangan akan dicatat & dilaporkan..


Sekian berita diet untuk kali ni..

TATA...

No comments:

Post a Comment