Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni... Banyak benda yang dibuat untuk mencapai cita-cita dan impian yang terpendam dalam hati ini. Pagi tadi, saya bersama sahabat saya, pergi ke Pejabat SSM di Alor Setar untuk mendaftarkan perniagaan. Senang dan mudah rupanya.
Tiba di pejabat tu lebih kurang jam 10.45am. Tanya kat kaunter, dan Puan tu suruh isi borang untuk dapat kelulusan nama perniagaan. Yelah, manalah tau, kalau takde proses ni, melambaklah nama yang sama untuk bisnes-bisnes kat Malaysia ni. Dalam borang tu ada 3 pilihan nama yang kita perlu isikan. Dah isi tu, terus pergi kat kaunter. Dia check, pastu dia bagitau, ketiga-tiga nama tu dah ada. Jadi kami pun fikirlah tambahan nama untuk pilihan pertama tu. At last, berjaya jugak.
Kemudian, kena isi borang lain untuk mendaftarkan perniagaan tu. Banyak jugak kena isi. Dah habis isi, ambil nombor giliran, kemudian tunggu. Tak sampai 5 minit pun, nombor dah kena panggil. Time ni lama sikitlah, sebab ada maklumat dalam borang tu yang kena ubah sikit-sikit. Dah settle, bayar RM70 untuk keseluruhan proses. RM10 untuk carian nama dan RM60 untuk pendaftaran perniagaan tu. Tapi pukul 11.50, kami dah keluar dari pejabat SSM tu. Sangat mudah dan cepat kan?
Tapi yang seronoknya, masa dalam pejabat tu, tengok ada ramai yang muda-muda gi daftar perniagaan. Dan majoritinya adalah melayu.
Jadi, kesimpulannya, pegilah daftar perniagaan tu, tak mahal pun. Daftar dulu pun takpe walaupun takde tapak kedai atau modal yang cukup lagi. Hmmm, lepas ni perancangan untuk buka akaun company pulak.. Tengah fikir-fikir juga ni, bank mana yang bagus ye...
Baru-baru ni kita dikhabarkan bahawa virus E. coli merebak semula. Ia dikatakan bermula semula di Jerman pada Mei 2011. Ini berlaku apabila beberapa orang dilaporkan dijangkiti bakteria yang menjadi punca E. coli ini. Pihak Jerman mengatakan semuanya berpunca daripada timun yang diimport dari Sepanyol yang dikatakan tercemar. Tapi kemudian, dibuktikan timun tersebut bukan menjadi puncanya. Kini mereka masih mencari punca sebenar virus ini. Walau bagaimanapun, Negara-negara Eropah yang lain juga telah melaporkan kes-kes E. coli turut berlaku di Switzerland, Poland, Netherlands, Sweden, Denmark, UK dan US.
Ni virus E. coli dilihat di bawah mikroskop.
Okey, saya ingin memberi sedikit info kepada anda mengenai E. coli ni ye.
E. coli adalah ringkasan kepada Escherichia coli, iaitu ia merupakan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan otot dan keracunan. E. coli adalah penyebab utama kepada keracunan darah. Golongan yang mudah dihinggapi adalah kanak-kanak dan orang tua terutama yang mempunyai penyakit (ketahanan badan yang lemah).
Berikut adalah simptom-simptom E. coli :
1. Muntah-muntah
2. Loya
3. Cirit-birit (berdarah)
4. Mengalami kekejangan otot terutama di bahagian perut
-->
Ini pula cara-cara pencegahan yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan kita dijangkiti virus ini.
1. Makanan yang berpotensi menyebarkan bakteria E. coli)
·Elakkan makan daging merah (lembu, kambing dan sebangainya) yang tidak di masak dengan sempurna. Pastikan daging tersebut sudah berwarna kecoklatan sekiranya anda memanggang daging tersebut. Jadi sesiapa yang suka makan steak tu, pastikan jangan makan yang raw atau half-cooked ye.
·Minum susu atau jus yang telah dinyahbakteria atau dipanaskan. Seboleh-bolehnya jangan minum susu segar ye. Kalau nak minum, panaskan dulu. Begitu juga dengan jus. Kebanyakkan susu dan jus yang telah dibotolkan di pasaran telah dinyahbakteria terlebih dahulu..
·Basuh bahan mentah dengan sempurna. Pastikan segala sayur-sayuran, ikan, daging, atau buah-buahan telah dibasuh dengan teliti. Terutamanya kepada sayuran hijau di mana, banyak tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat pembiakan bakteria.
·Basuh semua peralatan. Kalau boleh, basuh semua peralatan, terutamanya peralatan memasak dengan air panas sebelum dan selepas menggunakan alatan tersebut.
·Asingkan penyimpanan bahan mentah dan bahan yang telah dimasak. Ini boleh dilakukan di dalam peti ais. Jangan campur bahan-bahan ini dalam satu tempat tau..
·Yang paling utama dan selalu diwarwarkan adalah, basuh tangan dengan kerap. Sebelum dan selepas memasak, selepas keluar daripada toilet, selepas bersentuhan dengan haiwan dan sebelum selepas makan..
Di bawah ini petikan dari The Star (2 June 2011)
Petaling Jaya (The Star/ANN) - Malaysian visitors to Europe from May 1 who are down with bloody diarrhoea have been advised to undergo medical examination at nearby health centres.
Health director-general Dr Hasan Abdul Rahman said he received a report from the World Health Organisation on a recent bacterial outbreak in Germany.
It was reported that the recent E. coli outbreak stemming from cucumbers in Europe has so far resulted in the deaths of 15 Germans and one Swede while hundreds of others have fallen seriously ill.
The cucumbers carried the Enterohaemorrhagic Escherichia coli (EHEC) pathogen, a particularly virulent strain of E. coli.
"Haemolytic Uraemic Syndrome (HUS) resulted from contamination of the EHEC bacteria.
"It ruptures red blood cells, thus causing haemolytic anaemia, acute renal failure and low platelet count (thrombocytopenia)," he said in a statement.
Dr Hasan said the symptoms were abdominal cramps, vomiting and bloody diarrhoea (dysentery).
"The symptoms can cause dehydration, tiredness, lethargy, anaemia, uraemia and bleeding tendencies.
"They can be seen in three to eight days and victims usually recover after 10 days without any complication," he said.
The mortality rate resulting from the bacterial infection stood at between 5% and 10%.
Outbreak of the bacterial infection was first reported on April 25. In a related development, the Federation of Malaysian Vegetable Growers Associations has assured the public that cucumbers sold locally are not imported from Europe. Its secretary-general Chay Ee Mong said the small portion of imported cucumbers sold locally was sourced from China, Thailand or Indonesia.
"But most of the cucumbers sold in supermarkets are grown locally.
"We have ample supplies from Johor," he added.
Chay said Malaysia did not import cucumbers from Europe because the costs of transportation were too high. Federation of Vegetable Sellers Associations Malaysia president Soo Cheng Kee said there was no need to import cucumbers from Europe when there was ample local supply.
Oleh itu, sesiapa yang baru balik dari Eropah tu,ataupun yang mengalami simptom-simptom yang saya jelaskan tadi, cepat-cepatlah buat pemeriksaan kesihatan ye. Ini untuk kesejahteraan bersama juga. Timun dikatakan menjadi penyumbang kepada E. coli ni. Kita merupakan pengimport timun. Walaupun timun belum lagi dipastikan 100% menajdi penyebab E. coli ini, harap-harap jangan ada isu pulak yang mengatakan timun yang kita import dari China, Thailand atau Indonesia tu ada virus E. coli ni. Kalau tak, lepas ni kita tanam timun besar-besaran kat laman rumah ye. Bila nak makan, petik je sendiri..
Salam semua, sebelum ni, saya ada masukkan entri berkenaan dengan makan gaji atau bekerja sendiri kan? Mesti ada yang berhasrat ingin membuka perniagaan sendiri tetapi kurang jelas mengenai proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka, sekarang saya ingin membincangkan tentang proses pendaftaran perniagaan. Pendaftaran perniagaan ni haruslah di buat selepas anda telah kenalpasti apa cabang atau bidang perniagaan yang ingin anda ceburi. Sama ada, makanan, pertania, jahitan, atau sebagainya. Terpulanglah kepada anda. Sebenarnya nak daftar perniagaan ni bukanlah susah sangat, cuma agak leceh sikitlah. Biasalah tu, semua permohonan kena ada proses yang tersendiri kan... Ini pun untuk memudahan sebarang urusan di masa hadapan juga.
Flow atau aturan pendaftaran perniagaan adalah;
1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.
Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.
5. Dokumen yang perlu dilampirkan:
a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi;
b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan);
c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.
Syarat
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
3. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
4. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan
persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Yuran Pendaftaran
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.
Di bawah ini saya lampirkan borang yang perlu diisi sebelum mendaftarkan perniagaan:
Sekian dahulu... Jadi sesiapa yang berminat tu, bolehla mulakan dengan memikirkan cabang perniagaan yang mana anda inginkan... Fikir2kan dan renung2kanlah ye..
Persoalan di atas sering bermain bukan sahaja di fikiran saya, tetapi juga semestinya ramai lagi orang di luar sana. Bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi. Bagi yang bujang, tanggungan kurang sedikitlah, tetapi bagi yang berkeluarga, memang akan menjadi masalah jikalau pendapatan yang diterima hanya cukup-cukup makan untuk seisi keluarga sahaja. Tolak sewa rumah, duit kereta, loan PTPTN (bagi yang dapat loan la..), tinggal berapa ringgit je untuk perbelanjaan sepanjang bulan tersebut. Bulan depan, dapat gaji, akan jadi masalah yang sama. Putaran yang sama akan berulang dan berulang lagi.
Bagaimana memperoleh pendapatan, pertama dengan bekerja di bawah majikan (dalam kata lain, makan gaji) danyang kedua adalah dengan bekerja sendiri. Keluar rumah jam 8 untuk masuk kerja jam 9, (kalau takde traffic jam), rehat pukul 1, masuk semula pukul 2, kemudian balik rumah jam 5.30 atau 6 petang. Itulah rutin seharian kalau bekerja dengan majikan. Hari cuti pula setiap Sabtu dan Ahad, dan kalau di Kedah dan Kelantan, hari cuti adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sebagai pekerja, perlu ikut setiap yang di arahkan oleh bos. Bos berkuasa memecat pekerja, tolak gaji atau pun buat apa yang dia suka kalau pekerjanya ingkar arahannya. Walau bagaimanapun, bekerja di bawah bos mempunyai kelebihan seperti:
1. Mempunyai pendapatan tetap – lebih-lebih lagi kepada yang bekerja dengan kerajaan. Tak perlu risau, bila waktu gaji ‘gerenti’ akan dapat. Kadang-kadang siap ada bonus lagi.
2. Mempunyai simpanan wang pekerja – ada caruman KWSP yang boleh digunakan sebagai simpanan di hari tua.
3. Kalau berlaku kemalangan di tempat kerja, akan ada insuran yang boleh ‘cover’ bergantung kepada kecederaan yang diterima akibat kemalangan tersebut.
4. Ada slip gaji, boleh digunakan untuk membuat pinjaman untuk pembelian rumah, kereta ataupun pinjaman peribadi.. (Pinjam dengan along pun kena ada slip gaji tau…)
Berlainan pula kalau bekerja sendiri, individu yang memang berniat nak memulakan perniagaan sendiri atau menjadi seorang usahawan. Semuanya kena bermula daripada bawah. Ini merujuk kepada pengalaman yang dimiliki juga. Sebagai contoh, kalau seseorang ingin menceburi dalam bidang perniagaan makanan, dia mestilah mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai penyediaan makanan seperti memasak. Seterusnya pengetahuan asas tersebut perlu digabungkan dengan ilmu asas perniagaan. Barulah makanan yang dimasak atau servis penyediaan makanan itu dapat dikomersilkan kepada umum. Setelah perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan itu mulai maju, barulah pemilik ataupun usahawan tersebut boleh mendapatkan pembantu untuk memenuhi permintaan pasaran.
Dengan itu, barulah perniagaan itu dapat dibesarkan. Kalau dilihat daripada contoh di atas, jelas pemilik perniagaan itu bermula dari bawah iaitu menjadi pekerja kepada diri sendiri sebelum berkemampuan untuk menggaji pekerja lalu secara tidak langsung kedudukan pemilik perniagaan tersebut menjadi sedikit ke atas berbanding ketika dia memulakan perniagaan. Namun begitu, bukan itu sahaja yang perlu difikirkan oleh mereka yang bekerja sendiri khususnya yang mempunyai pekerja ataupun pembantu. Antara yang perlu dititikberatkan adalah :
1. Untung rugi
2. Gaji pekerja setiap hujung bulan
3. Peluang untuk mendapatkan tender atau projek baru
4. Cara untuk mengekalkan pelanggan sedia ada
5. Cara untuk mengekalkan kualiti produk atau perkhidmatan
6. Cara pemasaran berkesan
Adapun perkara-perkara di atas adalah sebahagian kecil daripada pelbagai perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang pemilik perniagaan. Walaupun ada sesetengah perkara tersebut seringkali dipandang enteng oleh pihak lain, namun ianya penting untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu terus maju dan menjana keuntungan. Tidaklah nanti segala perit jerih pemilik untuk memulakan perniagaannya menjadi sia-sia dan setakat hangat-hangat tahi ayam.
Bagaimanapun, disebalik perkara yang boleh dikatakan serius untuk diberi perhatian, terdapat juga kelebihan kepada mereka yang memilih untuk bekerja sendiri atau lebih jelas mereka yang menjadi bos atau majikan kepada diri sendiri. Antaranya :
1. Gaji ikut suka hati makcik kepada atuk sebelah umah toknjang aku le…
2. Nak pergi kerja pukul berapa pun boleh (tak pergi kerja pun takpe.. berani kerani aku nak marah??)
3. Strategi pemasaran terletak di tangan sendiri
4. Diri sendiri letak peratus keuntungan yang diinginkan
Banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati bila dah jadi bos. Tapi, harus diingat secara tidak langsung jugak jatuh bangun perniagaan akan terletak di bahu kita. Kalau perniagaan lingkup, yang muflis bukannya pekerja, tetapi BOS. Jadi, harus ada kemampuan bukan sahaja untuk memulakan perniagaan tetapi yang lebih penting adalah untuk mengekalkan perniagaan yang dijalankan.
Seterusnya, terletak di tangan masing-masing untuk memilih sama ada untuk bekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri… tenkiu2….
Sambal kacang ni selalunya di buat dan dibancuh dengan air untuk dicampurkan di dalam lontong. Ada juga yang makan sambal kacang yang telah dilarutkan ini bersama dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan tauge yang telah dicelur.. Erm sedapnye…. Okeylah, di bawah ni resipinye ye..
Ni sambal kacang yang kering. Biasanya kalau kat kedai, orang jual dalam peket.
Ni pulak sambal pecal yang telah dibancuh. Campur dengan semua sayur-sayur tu dan
jadilah pecal yang sedap...
Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara pembuatannya.
Bahan-bahan
½ kilo kacang tanah
100g cili kering
Sedikit udang kering
Minyak masak
Sesudu gula pasir
Secubit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit asam jawa
3 ulas daun limau purut – di racik kasar
Cara membuatnya
1.Tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
2.Goreng kacang tanah, cili kering dan udang kering. Goreng sehingga kekuningan.
3.Kisar semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Tetapi biasanya saya akan tumbuk semuanya supaya teksturnya tidak terlalu halus.
4.Campurkan semua bahan tadi di dalam mangkuk. Masukkan skali gula, garam, serbuk perasa, asam jawa dan daun limau purut. Kuantiti gula dan garam mngikut citarasa masing-masing.
5.Tersedia sudah sambal kacang ni untuk di makan..
Sekarang sedia untuk dihidang….. SELAMAT MENCUBA!!... tenkiu2…
KERABU ULAM
Kali ni saya nak bagi resipi sihat kat anda sekalian.. Hehehe.. Kerabu ulam ni sedap kalau di makan waktu tengah hari dengan ikan goreng dan nasi panas. Nyum nyum…
Bahan-bahan
Pucuk ubi
Pucuk paku
Taugeh
Kangkung
Kelapa parut
Beberapa biji cili padi (kalau boleh yang berwarna merah)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit udang kering
Secubit belacan
Secubit lada putih
Secubit garam
Sedikit serbuk perasa
Secubit gula
Cara membuat
1.Celur sayur-sayur tadi selama 2 minit. Untuk taugeh, celur dalam 30 saat sahaja supaya tak hilang rasanya. Kemudian toskan. (Bagi mereka yang selalu mengalami kembung sekiranya makan sayuran, campurkan sedikit serbuk lada putih semasa proses mencelur)
2.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, udang kering dan belacan .
3.Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk bersama dengan kelapa parut. Masukkan sekali gula, garam dan serbuk perasa kemudian gaul semuanya sehingga sebati.
4.Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut yang telah digaul bersama bumbu tadi. Kacau kelapa parut tadi dan masak sehingga keluar bau lebih kurang 8 minit.
5.Gaul kelapa parut yang telah di masak tadi dengan sayur-sayur yang telah dicelur tadi.
Sekarang sedia untuk dihidang….. SELAMAT MENCUBA!!... tenkiu2…
--> Kali ni, saya nk bagi resipi Jawa, iaitu bergedil.. Bergedil ni sedap makan dengan soto atau makan macam tu je.. Nyum nyum... Dh lama tak buat bergedil ni. Saya bagi resipi dulu, nanti saya dah buat, saya upload gambar eh.. Selamat mencuba...
Bahan-bahan
5 biji keledek (kalau boleh yang berwarna merah)- dipotong menjadi ketulan kecil
5 biji kentang - dipotong menjadi ketulan kecil
Sedikit udang kering - ikut citarasa masing-masing
Secubit garam
10 urat daun kucai - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Secubit serbuk lada putih
Seketul daging ayam (bahagian dada)
Cara membuatnya
1. Potong ayam menjadi ketulan kecil.
2. Goreng ayam sehingga empuk. Kemudian goreng kentang dan keledek serta udang kering.
3. Tumbuk kentang dan keledek yang sudah digoreng tadi sehingga lumat. Kemudian carikkan daging ayam tadi. (carik kecil-kecil supaya mudah untuk digaul di dalam adunan). Akhir sekali tumbuk udang goreng.
4. Campurkan kentang, keledek, ayam, udang kering dan bawang goreng. Adun sehingga sebati.
5. Masukkan garam secukup rasa, lada putih, dan daun kucai ke dalam adunan tadi.
6. Bentukkan sehingga menjadi bulat.
7. Pecahkan telur dan pukul telur di dalam mangkuk.
8. Sebelum digoreng, bergedil tersebut perlu di salut di dalam telur yang telah dipukul tadi.
Apa-apa pun, pengenalan diri tu kan penting.... Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Jadi, saya pn nak perkenalkan diri dulula...
Nama tu dah tertera kat profile saya, saya ni simple je.. simple tapi ada juga benda yang perlu di ambil perhatian, bukannya semua ambil mudah. Melalui blog ni, saya nak ketengahkan hal-hal berkaitan dengan lanskap. Di mana yang utamanya adalah tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan. Ini kerana semua ini berkaitan dengan kerjaya saya sekarang.. Sikit-sikit tu adalah tentang travel atau bahasa Melayunya adalah melancong... Walaupun tak banyak, InsyaALLAH akan saya perbanyakkan di masa akan datang.. Dan, oleh kerana saya berketurunan Jawa, maka saya akan selitkan jugalah tentang resipi-resipi Jawa...
Maaf, sekiranya saya terlanjur kata... Saya hanya manusia biasa, sebarang teguran, saya terima dengan hati terbuka dan waras...