Sunday 29 May 2011

Kerja Sendiri VS Makan Gaji

Persoalan di atas sering bermain bukan sahaja di fikiran saya, tetapi juga semestinya ramai lagi orang di luar sana. Bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi. Bagi yang bujang, tanggungan kurang sedikitlah, tetapi bagi yang berkeluarga, memang akan menjadi masalah jikalau pendapatan yang diterima hanya cukup-cukup makan untuk seisi keluarga sahaja. Tolak sewa rumah, duit kereta, loan PTPTN (bagi yang dapat loan la..), tinggal berapa ringgit je untuk perbelanjaan sepanjang bulan tersebut. Bulan depan, dapat gaji, akan jadi masalah yang sama. Putaran yang sama akan berulang dan berulang lagi.




Bagaimana memperoleh pendapatan, pertama dengan bekerja di bawah majikan (dalam kata lain, makan gaji) danyang kedua adalah dengan bekerja sendiri. Keluar rumah jam 8 untuk masuk kerja jam 9, (kalau takde traffic jam), rehat pukul 1, masuk semula pukul 2, kemudian balik rumah jam 5.30 atau 6 petang. Itulah rutin seharian kalau bekerja dengan majikan. Hari cuti pula setiap Sabtu dan Ahad, dan kalau di Kedah dan Kelantan, hari cuti adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Sebagai pekerja, perlu ikut setiap yang di arahkan oleh bos. Bos berkuasa memecat pekerja, tolak gaji atau pun buat apa yang dia suka kalau pekerjanya ingkar arahannya. Walau bagaimanapun, bekerja di bawah bos mempunyai kelebihan seperti:

1. Mempunyai pendapatan tetap – lebih-lebih lagi kepada yang bekerja dengan kerajaan. Tak perlu risau, bila waktu gaji ‘gerenti’ akan dapat. Kadang-kadang siap ada bonus lagi.
2. Mempunyai simpanan wang pekerja – ada caruman KWSP yang boleh digunakan sebagai simpanan di hari tua.
3. Kalau berlaku kemalangan di tempat kerja, akan ada insuran yang boleh ‘cover’ bergantung kepada kecederaan yang diterima akibat kemalangan tersebut.
4. Ada slip gaji, boleh digunakan untuk membuat pinjaman untuk pembelian rumah, kereta ataupun pinjaman peribadi.. (Pinjam dengan along pun kena ada slip gaji tau…)

Berlainan pula kalau bekerja sendiri, individu yang memang berniat nak memulakan perniagaan sendiri atau menjadi seorang usahawan. Semuanya kena bermula daripada bawah. Ini merujuk kepada pengalaman yang dimiliki juga. Sebagai contoh, kalau seseorang ingin menceburi dalam bidang perniagaan makanan, dia mestilah mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai penyediaan makanan seperti memasak. Seterusnya pengetahuan asas tersebut perlu digabungkan dengan ilmu asas perniagaan. Barulah makanan yang dimasak atau servis penyediaan makanan itu dapat dikomersilkan kepada umum. Setelah perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan itu mulai maju, barulah pemilik ataupun usahawan tersebut boleh mendapatkan pembantu untuk memenuhi permintaan pasaran.



Dengan itu, barulah perniagaan itu dapat dibesarkan. Kalau dilihat daripada contoh di atas, jelas pemilik perniagaan itu bermula dari bawah iaitu menjadi pekerja kepada diri sendiri sebelum berkemampuan untuk menggaji pekerja lalu secara tidak langsung kedudukan pemilik perniagaan tersebut menjadi sedikit ke atas berbanding ketika dia memulakan perniagaan. Namun begitu, bukan itu sahaja yang perlu difikirkan oleh mereka yang bekerja sendiri khususnya yang mempunyai pekerja ataupun pembantu. Antara yang perlu dititikberatkan adalah :

1. Untung rugi
2. Gaji pekerja setiap hujung bulan
3. Peluang untuk mendapatkan tender atau projek baru
4. Cara untuk mengekalkan pelanggan sedia ada
5. Cara untuk mengekalkan kualiti produk atau perkhidmatan
6. Cara pemasaran berkesan


Adapun perkara-perkara di atas adalah sebahagian kecil daripada pelbagai perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang pemilik perniagaan. Walaupun ada sesetengah perkara tersebut seringkali dipandang enteng oleh pihak lain, namun ianya penting untuk menjadikan sesebuah perniagaan itu terus maju dan menjana keuntungan. Tidaklah nanti segala perit jerih pemilik untuk memulakan perniagaannya menjadi sia-sia dan setakat hangat-hangat tahi ayam.

Bagaimanapun, disebalik perkara yang boleh dikatakan serius untuk diberi perhatian, terdapat juga kelebihan kepada mereka yang memilih untuk bekerja sendiri atau lebih jelas mereka yang menjadi bos atau majikan kepada diri sendiri. Antaranya :

1. Gaji ikut suka hati makcik kepada atuk sebelah umah toknjang aku le…
2. Nak pergi kerja pukul berapa pun boleh (tak pergi kerja pun takpe.. berani kerani aku nak marah??)
3. Strategi pemasaran terletak di tangan sendiri
4. Diri sendiri letak peratus keuntungan yang diinginkan

Banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati bila dah jadi bos. Tapi, harus diingat secara tidak langsung jugak jatuh bangun perniagaan akan terletak di bahu kita. Kalau perniagaan lingkup, yang muflis bukannya pekerja, tetapi BOS. Jadi, harus ada kemampuan bukan sahaja untuk memulakan perniagaan tetapi yang lebih penting adalah untuk mengekalkan perniagaan yang dijalankan.



Seterusnya, terletak di tangan masing-masing untuk memilih sama ada untuk bekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri… tenkiu2….
Read more ...

Sambal Kacang Ala Jawa

-->
Sambal kacang ni selalunya di buat dan dibancuh dengan air untuk dicampurkan di dalam lontong. Ada juga yang makan sambal kacang yang telah dilarutkan ini bersama dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan tauge yang telah dicelur.. Erm sedapnye…. Okeylah, di bawah ni resipinye ye..

 Ni sambal kacang yang kering. Biasanya kalau kat kedai, orang jual dalam peket.


Ni pulak sambal pecal yang telah dibancuh. Campur dengan semua sayur-sayur tu dan
jadilah pecal yang sedap...

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara pembuatannya.

Bahan-bahan
½ kilo kacang tanah
100g cili kering
Sedikit udang kering
Minyak masak
Sesudu gula pasir
Secubit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit asam jawa
3 ulas daun limau purut – di racik kasar

Cara membuatnya
1.       Tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
2.       Goreng kacang tanah, cili kering dan udang kering. Goreng sehingga kekuningan.
3.       Kisar semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Tetapi biasanya saya akan tumbuk semuanya supaya teksturnya tidak terlalu halus.
4.       Campurkan semua bahan tadi di dalam mangkuk. Masukkan skali gula, garam, serbuk perasa, asam jawa dan daun limau purut. Kuantiti gula dan garam mngikut citarasa masing-masing.
5.       Tersedia sudah sambal kacang ni untuk di makan..

Sekarang sedia untuk dihidang…..  SELAMAT MENCUBA!!... tenkiu2…



KERABU ULAM
Kali ni saya nak bagi resipi sihat kat anda sekalian.. Hehehe.. Kerabu ulam ni sedap kalau di makan waktu tengah hari dengan ikan goreng dan nasi panas. Nyum nyum…
Bahan-bahan
Pucuk ubi
Pucuk paku
Taugeh
Kangkung
Kelapa parut
Beberapa biji cili padi (kalau boleh yang berwarna merah)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit udang kering
Secubit belacan
Secubit lada putih
Secubit garam
Sedikit serbuk perasa
Secubit gula

Cara membuat
1.       Celur sayur-sayur tadi selama 2 minit. Untuk taugeh, celur dalam 30 saat sahaja supaya tak hilang rasanya. Kemudian toskan. (Bagi mereka yang selalu mengalami kembung sekiranya makan sayuran, campurkan sedikit serbuk lada putih semasa proses mencelur)
2.       Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, udang kering dan belacan .
3.       Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk bersama dengan kelapa parut. Masukkan sekali gula, garam dan serbuk perasa kemudian gaul semuanya sehingga sebati.
4.       Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut yang telah digaul bersama bumbu tadi. Kacau kelapa parut tadi dan masak sehingga keluar bau lebih kurang 8 minit.
5.       Gaul kelapa parut yang telah di masak tadi dengan sayur-sayur yang telah dicelur tadi. 
Sekarang sedia untuk dihidang…..  SELAMAT MENCUBA!!... tenkiu2…
Read more ...

Saturday 28 May 2011

Bergedil Ayam

--> Kali ni, saya nk bagi resipi Jawa, iaitu bergedil.. Bergedil ni sedap makan dengan soto atau makan macam tu je.. Nyum nyum... Dh lama tak buat bergedil ni. Saya bagi resipi dulu, nanti saya dah buat, saya upload gambar eh.. Selamat mencuba...











Bahan-bahan
5 biji keledek (kalau boleh yang berwarna merah)- dipotong menjadi ketulan kecil
5 biji kentang - dipotong menjadi ketulan kecil
Sedikit udang kering - ikut citarasa masing-masing
Secubit garam
10 urat daun kucai -  dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Secubit serbuk lada putih
Seketul daging ayam (bahagian dada)

Cara membuatnya
1. Potong ayam menjadi ketulan kecil.
2. Goreng ayam sehingga empuk. Kemudian goreng kentang dan keledek serta udang kering.
3. Tumbuk kentang dan keledek yang sudah digoreng tadi sehingga lumat. Kemudian carikkan daging ayam tadi. (carik kecil-kecil supaya mudah untuk digaul di dalam adunan). Akhir sekali tumbuk udang goreng.             
4. Campurkan kentang, keledek, ayam, udang kering dan bawang goreng. Adun sehingga sebati.
5. Masukkan garam secukup rasa, lada putih, dan daun kucai ke dalam adunan tadi.
6. Bentukkan sehingga menjadi bulat.
7. Pecahkan telur dan pukul telur di dalam mangkuk.
8. Sebelum digoreng, bergedil tersebut perlu di salut di dalam telur yang telah dipukul tadi.
9. Goreng sehingga kekuningan..
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.... Tenkiu2






Read more ...

Wednesday 25 May 2011

Pengenalan Diri

Apa-apa pun, pengenalan diri tu kan penting.... Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Jadi, saya pn nak perkenalkan diri dulula...


Nama tu dah tertera kat profile saya, saya ni simple je.. simple tapi ada juga benda yang perlu di ambil perhatian, bukannya semua ambil mudah. Melalui blog ni, saya nak ketengahkan hal-hal berkaitan dengan lanskap. Di mana yang utamanya adalah tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan. Ini kerana semua ini berkaitan dengan kerjaya saya sekarang.. Sikit-sikit tu adalah tentang travel atau bahasa Melayunya adalah melancong... Walaupun tak banyak, InsyaALLAH akan saya perbanyakkan di masa akan datang.. Dan, oleh kerana saya berketurunan Jawa, maka saya akan selitkan jugalah tentang resipi-resipi Jawa...

Maaf, sekiranya saya terlanjur kata... Saya hanya manusia biasa, sebarang teguran, saya terima dengan hati terbuka dan waras...



ENJOY!!!! <Layanla antara video fav saya>
Read more ...